Monday, November 23, 2009

Menikmati Perubahan

Perubahan.

Kita semua pasti berubah. Semua orang akan berubah mengikut masa dan keadaan. Sebab kita semua akan dewasa dan menjadi lebih matang dari sehari ke sehari. Kadang-kala kita lihat orang yang pernah kita kenali tu macam orang asing. Kita mungkin tak kenal dia lagi. Mungkin kerana dia telah berubah atau mungkin kerana kita sendiri yang telah berubah. Semua ini menjadi kenyataan hidup

Satu hari nanti kita akan sedar bahawa hidup ini sebenarnya tidak bermakna. Kita dilahirkan ke dunia, kemudian kita akan mati. Tetapi kita tidak semestinya pasrah. Kita masih boleh menikmati hidup. Walau sesingkat mana. Walau seperit mana. Masih ada keindahan. Masih ada kebahagiaan.

Sebenarnya jawapan kepada kehidupan kita ada di dalam diri jika kita mencarinya betul-betul. Tanya pada hati dan akal. Dan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku membuktikan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment