Saturday, February 20, 2010

Balik Kampung 1

Maaf, lama tidak menyapa di sini. Minggu pertama Febuari, aku berkejaran membereskan urusan galeri, menyiapkan kelengkapan perkahwinan, menyudahkan kerja-kerja editorial serta urusan peribadi yang mendesak. Penulisan kuabaikan buat sementara. Semuanya kerana aku harus pulang. Ya, ke kampung halaman. Buat teman yang mengenali, pasti akan pelik. Kenapa? Kerana mereka maklum, aku sangat liat untuk pulang. Hari raya pun, aku terkadang tidak pulang, apatah lagi pada hari-hari biasa.

Kepulangan ini sangat memenatkan! Dijemput oleh kakak di perhentian bas di bandar dinihari itu, sesampainya di rumah, aku terus membantu mek menyiapkan tempahan kuih bakar, pau, karipap dan apam kukus. Kebetulan ia tempahan khas. Nasib baik, dia sudah tidak membuat kuih lagi, kalau tidak, ada yang kena bebel pagi-pagi buta! Yelah, kami adik-beradik mengirimkan belanja setiap bulan tanpa gagal. Aku memang pantang kalau dia bekerja lagi.

Teringat zaman kanak-kanakku. Dulu, akulah di sisinya. Masa aku tak tahu apa-apa, cuma mampu menemaninya bersengkeng mata menyiapkan persediaan kuih-muih di tengah-tengah malam sambil membaca buku. Tak sampai hati dia berseorangan. Dan apabila besar sedikit, aku mula membantunya. Dia cuma perlu menyiapkan adunan, selebihnya aku yang sudahkan. Abang dan kakak sibuk dengan study. Mungkin itulah sebabnya aku agak susah tidur awal, sudah terbiasa dari kecil. Penat, tapi detik-detik emas itulah merapatkan hubungan kami dan mengajar aku erti kehidupan sebenar. Kerana selepas habis sekolah rendah, aku tidak lagi berada di rumah. Asrama, kolej dan universiti memisahkan fizikal kami. Ahh, itu cerita lainlah!

Back to the story, selepas itu aku tidur sekejap setelah semalaman berjaga dalam bas. Tengah hari, aku mula ‘bekerja’. Hari pertama dan kedua, membersihkan rumah dari atas syiling hingga ke dapur. Dan sekeliling rumah. Aku dan kakak di dalam rumah. Adik-adik dan anak-anak buah yang ada pula menguruskan bahagian luar rumah. Betulkan apa yang perlu. Tukar apa yang patut. Hari ketiga, semua pinggan mangkuk, gelas dan jug untuk kenduri dikeluarkan daripada gobok. Apa lagi, kerjanya, cuci pingganlah. Aku sampai sampai sakit pinggan dan menggelupas kulit tangan!

After that, aku dan kakakku itu memastikan urusan pelamin, baju pengantin, make up, dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya untuk semakan terakhir. Huh, remeh sungguh. Hampir-hampir aku hilang sabar! Rupa-rupanya banyak ‘benda’ yang remeh-temeh perlu difikirkan. Pening! Kalaulah aku yang kahwin, jangan harap aku nak buat semua ini. Cukuplah dengan akad nikah, itu yang penting. Dan resepsi di ibu kota. Enough! Tapi, macamlah aku nak kahwin, kan!

Next, kami uruskan goodies bag. Mak-mak saudara, anak-anak buah dan adik-adikku bersama-sama bergotong-royong menyiapkannya di dapur. Aku tolong sikit saja, supervisorlah katakan! Kerana sebelah siangnya, telah penat membeli barangan untuk tujuan itu. Gula-gula, jeli, buah-buahan. Plus bahulu yang khas kubawa pulang, berkotak-kotak itu! Dan sedikit buah tangan pengantin.

Tiba-tiba sahaja mek ingin buat tapai pulut. Untuk santapan orang rewang dan sanak saudara yang bertandang. Akulah yang kena. Kakak-kakak dan mak-mak saudara yang lain ‘kureng teror’. Ikutlah kehendak ibu kesayangan. Tak sampai hati menghampakan kehendak orang tua. Dan tak sampai hati untuk membiarkan dia melakukannya. Nasib baik banyak kuli yang boleh diharap untuk membantu aku membungkusnya dengan daun pisang! Semalaman juga aku menyiapkan hampir 2 gantang tapai! Sakit belakang!!!!!

Esoknya, kakakku dari Johor pulang. Lalu kami berdua dibantu (baca: dikacau!) anak-anak buahku mula mengubah hantaran. Nasib baik 9 hantaran sahaja. Kalau tidak, mahu patah tulang dibuatnya! Then, sesudah Zuhur, aku tidur sampai hampir terlepas Asar. Haha!

Hampir semua ahli keluargaku di rantauan pulang. Dan beberapa kawan rapat kakakku tiba untuk membantu. Alah, dah tak banyak kerja pun. Tinggal bahagian orang tua-tua jer! Urusan rewang. Pelamin dipasang dua hari sebelumnya. Tapi kami anak-beranak tak puas hati dan modified sendiri malam sebelum majlis. Well, you know, bila ramai-ramai berkumpul, banyak idea dan pendapat. Nasib baik semuanya bukan jenis NATO, non action, talk only, so everything’s settled!

Sehari sebelum majlis, ramai orang kampung rewang di rumah. Jadi, mahu tak mahu, aku kena jadi perempuan melayu terakhir! Berkain sarung dan berbaju kurung kedah! Daripada uniformku, seluar tiga suku dan t-shirt! Mek senyum saja! Sukalah tu!

Malam itu, aku dan kawan-kawan kakakku (aku sudah biasa dengan mereka), menyiapkan bunga telur di rumah mak saudaraku. Alah, dua langkah dari pintu dapur kami masuk ke dapur rumahnya. (Jauhnya!) Sebab, rumahku padat dengan penghuni-penghuni yang ‘bahaya’ dan ‘ganas’. Bukan apa, takut tak cukup telur dibuat mainan, bah! Nasib baik, bunga telurnya dibeli siap, cuma ikat telur sahaja! Jadi sikit saja kerjanya. Yang membuatkan lama ialah tempoh berborak. Maklumlah jarang jumpa!

Then, hari majlis, aku jadi orang dapur. Tengah hari, baru aku sempat tukar baju kurung khas yang baru kubeli sebelum aku pulang tempoh hari. Warna tema majlis: biru. Dan jadi tuan rumah. Kenduri kecil-kecilan sahaja. Jemputannya sanak-saudara dan jiran tetangga sahaja. Tapi memandangkan kami dari keluarga yang besar, maka ramailah juga yang datang. Akad nikah bermula jam 10 pagi, namun, aku hanya mampu mengintainya dari tangga dapur sahaja. Ruang tamu penuh! Lagipun aku jadi orang dapur hari ini!

Tetamu datang tak putus-putus. Sehingga Isyak! Penat jangan cakaplah. Tapi tak terasa sangat, sebab semua ahli keluarga ringan tulang dan boleh diharap. Tahu apa yang perlu dilakukan. Dan apa yang perlu disuruh! Haha! Itu memang tugas akulah! Bila lagi nak mendera anak-anak buahku yang saiz badannya berganda dari aku! Lagipun mek awal-awal lagi melarang aku buat/angkat kerja/benda berat-berat! Yippie!

Tapi, sebab tak biasa tengok saja, lepas Asar, aku tukar seluar pendek dan mula cuci pinggan! Orang tua-tua rewang ramai dah balik, tinggal saudara rapat saja. Jadi, selamba saja. Aku dan kakak ipar jadi tukang cuci. Malam, aku lena awal! Keesokan harinya aku rehat. Urusan kemas-mengemas diuruskan oleh mak dan kakak-kakakku. Maklumlah, forte diorang! Aku dan anak-anak kerjanya menghabiskan kek pengantin dan jajan! Lepas itu, ke pantai! Jalan-jalan!

Lepas itu, urusan bertandang pulak! Aku juga dipaksa ikut sama. Empat lima daerah dan ceruk-ceruk kampung jugalah kami redah. Sehari suntuk di jalanan menemani pengantin ‘melawat kawasan’. Yang peliknya, aku yang jadi tumpuan, bukannya pengantin. Saudara mara ramai menegur aku yang jarang ada. Mek dan ahli keluarga yang ikut sama turut mengenakan aku. Sambil bertanyakan giliranku. Aku senyum saja! Dalam hati, hanya Dia yang tahu!

Well, to be honest, aku bukanlah rajin sangat berkemas. Kakakku inilah yang selama ini rajin. Aku 'kureng'. Tapi ini majlisnya, Jadi, akulah yang mengambil alih tugasnya. Sengaja pulang awal membantu dan mengemas. Kakakku ini telah banyak sangat berbakti untuk keluarga. Sesekali apa salahnya aku mengembirakannya. Memenuhkan impian mek untuk kenduri kahwin. Lama sangat rumah ini tiada kenduri kendara. Sekadar majlis doa selamat atau makan-makan sahaja.

Sebenarnya, aku ada double meaning menolong. Bukan tidak ikhlas, cuma aku tahu yang aku tak mungkin ada kenduri semeriah ini. Biarlah mek gembira dengan majlis ini. Biar hasratnya tercapai. Selepas aku, ada tiga adik lelaki lagi. Dan yang bongsu, perempuan. Jadi, mungkin lama lagi majlis sebegini diadakan.

Entahlah, aku sangsi, adakah jodoh untukku?

No comments:

Post a Comment