Mak berada di rumahku selepas sesi ‘tour’ satu Malayanya. Biasalah, cuti sekolah! Itulah aktivitinya tatkala cuti panjang. Menziarah anak cucu! Selepas seminggu dua di Johor, dia dan adik bongsuku datang ke KL. Bermula dengan rumah abangku no. 3 di Bangi, dia ke rumah kakak no.3ku di pusat bandar. Dan giliran rumahku. Sempat bermalam. Sebelum ke rumah abang no. 2, keesokan harinya. Selepas itu ke Terengganu, sebelum kembali ke kampung. Pendek kata, itulah rutinnya setiap hujung tahun!
Kebetulan, Awal Muharam. Jadi, kami sempat solat hujung tahun dan puasa sunat keesokkan harinya. Malam itu, kami (aku, mak, adik dan anak-anak) bersembang hingga ke dinihari. Oleh kerana aku memang akan bangun jam 6 setiap hari, tiada masalah untukku bangun sejam lebih awal dan sediakan pasta untuk sahur. Mak, adik dan anak-anakku berselera makan penne pesto pagi-pagi buta! And coffee Radix special for my mum!
As usual, bila mak ‘melawat kawasan’ ni, soalan-soalan lazim akan kedengaran. Contohnya: ‘Tak takut ke duduk sorang?’, ‘Dah ada special ke?’, ‘Sampai bila nak kerja tak ingat dunia ni?’ Dan seterusnya.
Dan bila aku jawab, ‘Lupakanlah. Mungkin aku lebih sesuai sendirian.’ Mak mula bising dan ‘berceramah’. Aku cuma mampu diam dan buat lawak bodoh! Dan di’cover’ ketawa dan gelagat anak-anakku!
Aku faham kerisauan seorang ibu. Namun, apa dayaku. Ada perkara di luar batas kemampuan kita. Jawapanku ringkas. Aku sudah penat! Cuma mahu teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu fikirkan tentang lelaki lagi. Cuma mahu mencapai ‘financial independence’ tanpa perlu menyusahkan orang lain. Apa yang aku mampu lakukan ialah berserah kepadaNya.
Jadi, apa azamku tahun baru ini? Entahlah!
No comments:
Post a Comment