Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Nasi oh Nasi!

Ada satu perkara yang ingin kukongsikan. Pelik, kelakar tapi benar. Sudah menjadi habit atau entah! Tapi bila kufikir balik, biar betul!

Aku jarang makan nasi di rumah. Jadi, bila ke kedai, aku cuma membeli sekilo atau sekilo setengah beras. Itupun tahan berbulan-bulan. Kecuali jika menerima tetamu, cepatlah habisnya! Apa yang ingin kuceritakan ialah bila aku menanak beras yang terakhir dalam simpanan. Apa yang lucunya, ia mesti hangit! Seperti tadi! Hangit lagi!

Macam tadi. Oleh kerana lama sudah tak makan nasi, aku masuk dapur untuk masak. Untuk makan malam seterusnya bekal untuk sahur dinihari. Memang tabiatku untuk puasa Isnin dan Khamis jika tiada aral. Jadi selepas letak beras atas dapur, aku keluarkan bahan-bahan mentah untuk masak. Tadi, abang ipar ada menghantarkan lauk tempe goreng bercili kesukaanku, baki katering. Jadi, aku cuma mahu buat sayur campur dan tomyam sahaja. Cukuplah.

Oleh kerana aku hanya memerlukan 10 minit untuk buat semua itu, aku fikir lebih baik tunggu nasi masak dulu. Baru masak. Nanti boleh makan lauk panas-panas. Jadi aku kembali sambung kerja editorialku sedari subuh tadi.

Sedang ralit meneliti kamus bahasa Itali, aku tercium bau hangit. Alah, apartmentku bukannya besar sangat pun. Boleh nampak dapur dari bilikku. Asap berkepul-kepul. Apa lagi, aku terus berlari tutup api nasi, letak dua cili kering atas nasi dan tutup periuk. Lepas itu aku gelak sorang-sorang!

Hangit lagi!

Ini daripada pemerhatian aku selama tinggal kesoranganlah. Ia pasti terjadi. Terus aku teringat peristiwa ini. Seingatku, bila aku fikir balik, ia cuma terjadi bila beras tinggal secawan lebih seperti tadi. Sekali tanak. Biasanya cukup untuk dua atau tiga kali makan. Dulu, jika ini terjadi nasi yang tinggal cukup untuk sekali dua makan sahaja. Tapi, kali ini nampak gayanya, cukup untuk sekali saja. Lepas itu, aku terpaksa rendam periuk lagi. Esok baru basuh dan kena sental kuat-kuat.

Aduhai! Ini belum cerita bau hangit yang menerawang seisi rumah. Entahlah, apa jiran-jiran fikir. Pasti diorang gelak atau kutuk aku, kot!

Entahlah, pelik tapi benar. Kalau aku masak bila beras masih banyak, nasi tak pernah hangit pula. Tadi, bila tengok beras tinggal baki, terdetik dalam hati. Jangan hangit lagi, sudah. Tapi, jadi juga! Apa boleh buat! Setiap kali beras tinggal cukup untuk sekali tanak, pasti aku leka berkerja, membaca atau pun masuk ‘bilik kecil’. Dan nasi pasti hangit!

Kelakar, kan!

Thursday, December 24, 2009

Gosh!!!

Life is full of unwanted surprises. At the wrong time. At a wrong place. When my heart broke for the second time, I said to myself, “Enough! Just forget about men or relationship or whatever it is and move on! Lead your live the way you want it without any interference anymore! The depression’s over! Live your life!”

Then, when I need no more ‘distraction’, it keeps coming to me. At gym, where I do work out most morning before starts working, there’s a guy who keep his eyes on me! Two guys actually! Then, one day, one of them introduces himself to me and asks to be a friend. What a gentlemen. I like his bravery, so after some period of time, I give him my number! We end up smsing and become friends. But, he asked for more. The other guy is shyer, I guess!

Later is someone who I met ‘accidentally’ on a chat room. I do chat sometime when I’m can’t write in order to pass the time. At first, the usual intro, we talked about general stuff. I never reveal too much about myself but seem like he knows a lot about me. It keeps me wondering why and how. Frankly, he confessed to like me even before we started chatting. He tried to get my ‘attention’ so many times before but unable to get ‘close’ to me. Whenever, I’m online, for sure he’s there, waiting for me. Told me everything about himself. (like I do believe it!). He is very determine to chat with me everyday, even want to KL to meet me in person. Somehow, I know he want more than just an online friend.

To be honest: I’m damn tired of it! My heart now is full of fear! Fear of men, relationship, uncertainties, rejection, unfulfilled expectations. Even, sometimes, I don’t even feel confidence myself! Like people said, ‘Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me!’

I guess, 3 shots, I’m out! Do I dare to take this shot this time?

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru!

Mak berada di rumahku selepas sesi ‘tour’ satu Malayanya. Biasalah, cuti sekolah! Itulah aktivitinya tatkala cuti panjang. Menziarah anak cucu! Selepas seminggu dua di Johor, dia dan adik bongsuku datang ke KL. Bermula dengan rumah abangku no. 3 di Bangi, dia ke rumah kakak no.3ku di pusat bandar. Dan giliran rumahku. Sempat bermalam. Sebelum ke rumah abang no. 2, keesokan harinya. Selepas itu ke Terengganu, sebelum kembali ke kampung. Pendek kata, itulah rutinnya setiap hujung tahun!

Kebetulan, Awal Muharam. Jadi, kami sempat solat hujung tahun dan puasa sunat keesokkan harinya. Malam itu, kami (aku, mak, adik dan anak-anak) bersembang hingga ke dinihari. Oleh kerana aku memang akan bangun jam 6 setiap hari, tiada masalah untukku bangun sejam lebih awal dan sediakan pasta untuk sahur. Mak, adik dan anak-anakku berselera makan penne pesto pagi-pagi buta! And coffee Radix special for my mum!

As usual, bila mak ‘melawat kawasan’ ni, soalan-soalan lazim akan kedengaran. Contohnya: ‘Tak takut ke duduk sorang?’, ‘Dah ada special ke?’, ‘Sampai bila nak kerja tak ingat dunia ni?’ Dan seterusnya.

Dan bila aku jawab, ‘Lupakanlah. Mungkin aku lebih sesuai sendirian.’ Mak mula bising dan ‘berceramah’. Aku cuma mampu diam dan buat lawak bodoh! Dan di’cover’ ketawa dan gelagat anak-anakku!

Aku faham kerisauan seorang ibu. Namun, apa dayaku. Ada perkara di luar batas kemampuan kita. Jawapanku ringkas. Aku sudah penat! Cuma mahu teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu fikirkan tentang lelaki lagi. Cuma mahu mencapai ‘financial independence’ tanpa perlu menyusahkan orang lain. Apa yang aku mampu lakukan ialah berserah kepadaNya.

Jadi, apa azamku tahun baru ini? Entahlah!

Saturday, December 5, 2009

Kisah Aku Dan Dia

Aku mahu berkongsi satu cerita lucu. Tentang aku dan dia. Oppss, dua cerita sebenarnya. Tapi aku cerita satu dulu. Pasti korang gelak sakan punya! My family and friends yang dah tau memang gelak giler!

Raya Aidiladha lepas, aku tak balik kampung. Maklumlah, baru masuk tempat baru. Jadi cuti pendek saja. Malas nak balik. Lagipun ‘tumpangan’ku balik awal. Memang tak boleh join balik. So, a few day before raya, aku saja telefon mak. Bagitau awal-awal sebab musabab aku tak balik. My mum say ok, dia tak kisah. Lagi pun ramai ahli keluarga yang balik. Cuma aku dan kakak aku and family dia kat JB jer yang tak balik.

Kebetulan masa itu, banjir memang melanda negeri-negeri pantai timur. Walaupun tidak seteruk mana, kampung aku turut dilanda bah. Mak cakap air masuk dapur belakang. Memang dapur belakang rendah sikit. Aku ada dua dapur, dapur kering dan dapur basah. Dapur kering, tempat kitaorang lepak-lepak, makan-makan, tengok tv dan back up tidur. Dapur basah ni tempat masak-masak dan buat kerja dapur. So, dapur basah ler yang basah! Dan dapur basah ni bersambung dengan bilik air. 3 bilik air, you, jangan marah!

Biasalah rumah kampung kan, memang bilik airnya ada lubang. Untuk aliran air keluar. Dan memang jadi laluan makhluk Tuhan (baca: katak!) keluar masuk. Jadi bila bah, memang havoc bilik air kitaorang kat dapur ni jadi heaven ‘diorang’.

Memang ada satu lagi bilik air kat area ruang tamu. Yang ni, takde katak, sebab kedudukannya tinggi. Tapi aku tak suka guna sangat sebab tekanan airnya agak rendah daripada bilik-bilik air kat dapur.

Dan ari tu, mak aku siap cakap, “Baguslah tak balik. Takdelah dengar menjerit lagi!” Aku terus gelak on the spot! My mum pun join gelak! Dalam telefon tu, beb!

Bukan apa, satu family dah tau aku takut katak. Setiap kali aku balik kampung, setiap kali aku nak guna bilik air, aku mesti tertinjau-tinjau kat entrance bilik air dulu. Bila line ‘clear’, baru aku masuk. Kalau tidak, no way man!

Adik-adik aku dan anak-anak aku memang maklum sangat dengan fe’el aku ni. Pagi-pagi, bila diorang nampak aku bertuala dan bawak baju, diorang siap ‘survey’ dulu. Halau apa yang patut. Kalau ok, baru diorang cakap boleh masuk. Sampai macam tu, punya sporting! Sayang korang!

Tapi biasalah kan. Pasti ada yang ‘terlepas’ kan. So, satu hari tu, aku tengah syok syampoo dan sabun badan, tetiba aku tengok ‘benda’ tu melompat-lompat! Kecik jer tapi bulu roma aku terus naik mencacak! Apalagi, menjeritlah! Satu kampung dengar! Nasib baik aku sempat capai tuala then terus keluar ke dapur. Kalau tidak, ada yang free show kang!

Yang bestnya, satu family datang untuk rescue. My mum siap bawak penyapu. Adik aku bawak batang buluh (yang memang ada kat dapur), anak buat aku bawak penyapu lidi, abang aku bawak kayu ntah apa-apa ntah. Semuanya nak halau katak!

Memang heboh! Meriah! Kalahkan pasar malam! Dua tiga kali gak le 'benda' ni jadi. Walaupun dah QC, memang ada gak yang defect, terbolos ‘benda’ ni masuk bilik air. Dan setiap kali ia berlaku, aku akan menjerit sakan. Keluar bilik air dengan muka pucat dan kalau ‘benda’ tu besar dan menakutkan, aku akan mengigil sambil keluar air mata. Adik-adik aku, especially anak-anak aku memang confirm akan kenakan aku lepas tu! Diorang gelak, memang tak payah cakap ler!

Ada yang siap plan nak buat April Fool, bagi katak dalam kotak kat aku tu. Ada sekali diorang cuba buat, tapi mak aku sempat selamatkan aku. Tapi sempat mengigil jugak ler. Aku marah giler. Pastu, tahun tu, aku tak kasi bebudak tu duit raya. So, they’ve learned their lesson. Lepas tu, mereka tak berani buat lagi dah!

So, sampai sekarang aku memang fobia dengan 'benda' ni. Tapi dah boleh control sikit la. Takdelah menjerit setiap kali nampak. Setiap kali aku nampak dia tempat aku nak lalu, aku sanggup ambil jalan jauh, nak elak. Dan kalau 'dia' 'lalu' masa aku tengah lepak, automatiknya bulu roma aku akan meremang dan aku jadi tak senang duduk. Terus standby nak lari.


Bila aku citer kat few sahabat aku, diorang memang gelak tak ingat dunia. Ada yang sampai gelak guling-guling lagik! Teruk betul diorang kan!



p/s: Ada yang gelak sakan gak ke?

Friday, June 26, 2009

Ceritera 1

SANG


I
Kealpaan yang menyenangkan!

Sang Aku tersenyum. Sungking senyumnya kecil sahaja. Sang Dia dan Sang Mereka terpingkel-pingkel ketawa, ternoda dicumbui jenaka nerocus Sang Utama. Sang Aku kian terpaku di pusat dewan, akrab menjaring elusan lesir angin yang menerobos nakal dari pendingin hawa berposisi betul-betul di atas kepalanya. Minda Sang Aku tidak sebulat tumpunya di dewan itu. Sang Dia di sebelah menyedarinya dalam kesesakan hilai ketawa. Cukuplah aku mampu mengheretnya ke dewan ini, bisik nyali Sang Dia.

Sang Utama masih berucap di pentas perdana. Namun, bagi Sang Aku, kata-kata Sang Utama kedengaran begitu nyeri dan ngilu. Sang Aku seakan-akan melihat Sang Utama kembali menghafal segenap langkah selingkuhnya. Tentang kemanisan sebuah perjuangan. Tentang kewalahan taming penanya. Tentang …

Dewan kembali hangat dengan hawa ketawa Sang Dia dan Sang Mereka sekaligus mencacatkan indera rasa Sang Aku. Kini Sang Aku turut sama ketawa. Kecil sahaja tetapi besar maknanya buat Sang Dia. Sang Dia terkesima. Alun ketawa Sang Aku bak terpa-terpa irama dari daerah perbukitan. Nyaman dan lujeng. Itulah ketawa pertama Sang Aku setelah hampir seminggu di dewan ini.

Sang Aku kembali sepi di ruang lampus. Batok kepalanya tersayat tujuh; merewak jauh melepasi dinding putih dewan lalu bercengkarawung di marcapada. Sang Aku terkenang sepi seorang ibu di desa, tunggal tanpa teman. Sang Aku terpandang timbunan lakaran plan separuh siap di tempat kerja. Sang Aku terisi dengan banyaknya beban tanpa rupa yang memagar dirinya. Benarlah kata pujangga, tidak ada manusia yang benar-benar merdeka. Ahh….

Sang Dia menepuk bahu Sang Aku.

‘Apa yang kau fikirkan?’
‘Kehidupan.’
‘Maksudmu?’
‘Kau tengok si penceramah di hadapan. Begitu asyik berceloteh. Pernahkah kau terfikir betapa beratnya beban di pundaknya menjadi penulis terkenal? Bukankah dia juga sama merasa susah payahnya menjadi seorang manusia seperti kita tetapi masih sempat bergelak ketawa bersama kita di sini.’
‘Maksudmu, dia…’
‘Maksudku, kita perlu mengambil pati iktibar daripada beliau. Bukan seperti mereka yang hanya banyak ketawa tetapi sedikit berfikir. Tentang payahnya menjadi manusia. Apatah lagi menjadi penulis terkenal seperti penceramah itu.’
Sang Dia terdiam dua bentar. Benar, dia dan Sang Aku memang mengenali kebanyakan insan yang bernama Sang Mereka, warga sementara dewan ini. Memang arif dengan sikap Sang Mereka, hanya hangat di permukaan tetapi beku di dasar.

Sang Dia turut menemani diam Sang Aku. Mereka hanyut di laut fikir.

II
“Kembalilah!”

Sang Aku tersentak. Dia membelingas tiba-tiba, mengamati dan cuba mencari asal suara parau tanpa undang yang menembus ke copeng telinga. Tiada apa-apa. Tiada siapa-siapa. Hanya dia seorang yang masih bertamu di situ. Sang Aku merenung ufuk. Matahari sedang ghurup, menandakan kematian siang. Malam akan lahir dan bertamu. Seperti semalam. Seperti kelmarin. Dan seperti hari-hari sebelum kelmarin.

Nyali Sang Aku terasa membengkak. Sarat dengan kenihilan. Dia menghela nafas luklui, dalam dan tenang. Sang Aku berusaha menyantaikan kembali batok kepalanya yang terganggu dan diganggu oleh suara ghaib tanpa jasad tanpa usul itu. Sang Aku memusingkan badan, 180 darjah, membelakangi kegawung senja yang telah hilang sari keindahannya dan melimpahkan pandangan pada astaka kecil yang tersergam di hadapan.
Mandala di Old Town Plaza ini bermandian gemerlap cahaya lilin pancaran palong-palong uniform yang teratur letaknya. Keseragaman yang menyenangkan.

Sang Aku melihat ada semburat-semburat halus muncul dari kilauan bening kandil-kandil putih itu, lalu tanpa skeptis nakal bersenda dengan pilir-pilir pawana dingin sore itu. Dingin yang hangat. Sang Aku tersenyum kecil. Mindanya terimbas pada tamsilan kilauan tersebut. Dia melihat babak-babak riang kanak-kanak bergelandangan di syurga seperti yang dipercayai turun-temurun oleh masyarakat variasi etnik di bumi New Mexico ini. Dia melihat betapa gembiranya mereka berlari-larian di taman indah. Berkejar-kejaran antara satu sama lain tanpa mengenal ras dan warna kulit.

Alangkah!

Sang Aku terpesona sebenarnya. Setiap kilauan kandil adalah tamsilan roh kanak-kanak yang terkorban akibat kebobrokan manusia berjiwa ajajil semasa Perang Salib. Roh-roh ini dikatakan masih putih dari sebarang palitan dosa. Sang Aku begitu afsun dengan adat resam penduduk asal kota lama Albuquerque, New Mexico ini. Ahh…baru yang bukan lagi baru, detak nerocusnya dalam hati.

Sungging senyumnya melebar.

Keafsunan ini lahir daripada amalan tradisi menghidupkan sebam astaka ini dengan ribuan pijar kandil saban tahun menjelang Christmas Eve tanpa jemu. Rutin beriring kepercayaan dogmatis bahawa setiap roh aulia kecil ini akan mengawal keamanan jagat raya begitu mencuit indera fikirnya. Sang Aku hening seketika di ruang bening.

“Kembalilah!”

III
Hujan tiba-tiba mencurah turun. Kali itu serentak beriak. Airnya mengelegak. Tenangnya terganggu. Teratai di dadanya kebasahan. Semacam ada ghairah bila hujan tiba-tiba mampir ke daerah kecilnya. Semacam pesona. Semacam ada ....

Sang Dia terus bertumpu pandang pada kali kecil di depannya. Jasadnya kering dan selamat dari basahan air jernih dari langit, diteduhi wakaf kecil yang terletak di pojok hulu taman rumah agamnya. Matanya asyik dengan liukan tarian dedaun ditimpa rintik-rintik hujan. Nyaman dan harmonis.

Sang Dia tiba-tiba tersenyum. Mindanya tanpa sedar terarah pada Sang Aku. Tentang kembara Sang Aku ke tanah mantan penjajah bumi mereka. Baru semalam dia menerima khabar gembira; Sang Aku akan kembali! Ya, kembali ke tanah asal setelah hampir satu dekad berkelana ke sana. Entah apa yang dicarinya, Sang Dia pun angkat bahu. Pening memikirkan laku Sang Aku. Ada kalanya senang ditafsir tetapi ada kebanyakan kalanya amat ruwet dan menghampakan. Ahh....

Sang Dia terkenang kali akhir dia bersama Sang Aku. Ya, lewat satu dekad lalu.
Di pertemuan penulis di hujung kota. Dia yang mengheret Sang Aku selama hampir sepuluh hari berkampung di situ. Di samping menemani dirinya yang masih mentah dalam dunia penulisan ketika itu, dia juga menolong Sang Aku bangkit semula menjadi dirinya. Setelah hampir tewas ditimpa kecewa hidup. Menjadi paksi Sang Aku berpijak semula ke tanah realiti setelah agak lama terawang-awang mencari makna sebuah realiti.

Mereka berpisah arah selepas itu. Kehilangan ibu tercinta ekoran tekanan aib oleh bakal menantu tiga hari sebelum ijab dan kabul memberikan tamparan yang bukan sedikit pada Sang Aku. Usah diceritakan tentang riuhnya mulut orang kampung dan teman sepejabat. Fitnah dan nista bagaikan hujan musim tengkujuh. Sang Aku memilih untuk berkelana ke bumi penjajah Portugis dan benua seperjalanannya. Meninggalkan dunia dan kerjaya selesanya di kota ini. Memilih untuk menjadi gelandangan daripada menjadi orang benar dunia seni bina tempatan. Katanya, cuba mencari erti dan ghairah hidup yang telah terhakis di bumi tumpah darahnya sendiri.

Sang Dia merestui dalam keterpaksaan seorang sahabat. Diiringi dengan janji untuk terus berukhuwah walau jarak kian menjauh.

Sang Dia berdikit mengukir nama di bidang seni penulisan sehingga kebolehannya dinobatkan media massa sebagai pengganti Sang Utama yang kini sudah uzur dan renta. Sang Dia kini menduduki kerusi yang ditinggalkan Sang Utama, berkelana dari satu pertemuan dan perkampungan, mencurahkan pati ilmu dan nasihat kepada generasi terkemudian. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Sang Utama dahulu. Dan mereka yang sebelumnya terdahulu.

Rembang petang mulai terbentang, memancarkan cahayanya di celah-celah ranting pohonan yang mengelilingi wakaf sepi Sang Dia. Senja masih basah. Gerimis berkilauan memantulkan urna keemasan. Bukit kelihatan berbalam-balam disurami warna jingga mentari.

Sang Dia tersenyum sendiri. Untuk kedua kalinya jeda itu.

IV
Wajah malam berseri dikerdip bintang-bintang yang berkilauan di dada langit. Bulan tersenyum girang, melebarkan sinarnya di persada buana, mengusir kesuraman malam. Bayu malam berbisik lembut. Malam ini indah. Malam ini tenang.

Sang Aku memandang Sang Dia. Alam bisu. Wakaf kecil di pojok taman bermandi cahaya kalimantang di bumbungnya. Sang Dia mengekang bicara, membiarkan Sang Aku dalam sepi. Kopi di cangkir kian susut.

”Hidup adalah sebuah pulau di samudera kesendirian, sebuah pulau yang digoncang harapan, yang berpohonkan mimpi-mimpi, berbunga kesunyian dan bersungaikan kehausan. Hidupku, wahai sahabat, umpama sebuah pulau yang terpisah daripada daratan dan pulau-pulau lain. Tidak kira betapa jauh aku hanyut, betapa ramai manusia yang kutemui, aku tetap pulau yang terpinggir. Terasing dalam kesunyian. Semakin jauh aku membuang diriku, semakin dekat aku dengannya.”

”Aku terlalu menurut kata hati. Tanpa kusedar, suara hati itu rupanya hakim yang lemah. Kelemahan itu meninggalkan ketidakberdayaan untuk menjalankan keputusannya. Akhirnya aku sedar. Kebenaran dan ketenangan yang hakiki lagi mulia rupanya melebihi satu kehidupan. Dan aku memilih untuk kembali menjadi diriku dengan acuanku sendiri di tempatku sendiri.

”Selamat kembali, sahabat!”