Friday, January 29, 2010

Noh's Mask

I’m just an ordinary lady I used to envy those whom can conceal their heart or emotion. As most people who really know me said, I’m a ‘lurus bendul’ type of person. They can ‘read’ my facial expression so easily. They can ‘see’ when I’m happy, angry, tired or even pissed off.

After reading Memoir of Geisha, I’m so enchanted by the concept of noh mask. Actually, I’ve heard about it before, but as days passed me by, the will to find it out more about it, diminished.


Noh are a form of Japanese theater that is still presented today, combining Buddhist themes, music and dance. Masks have played an integral role during Japan's long history for many religious, ceremonial and performance events. The mask may signify a heroic individual, evil character, spirit, god, devil or mythical animal. No one knows for sure how noh drama and the wearing of masks developed. Before they evolved into theatrical presentations, the masks may have been used as a form of religious ritual. Perhaps they covered the deceased's face, were used to defeat evil spirits or acted as religious offerings for medical treatment. Some historians believe the masks were used to emphasize beauty by hiding normal facial expressions. Masks work just like makeup, covering a face and transforming appearance.

You know, how I despised makeup, unless I have to put it on. For work, mostly. Prefer to be natural. How I wish to be able to wear my own noh mask. Made from invisible materials. So that, nobody ever guess that I’m wearing one. In life full of poker faced individuals, it an advantage! Oh, how good it could be. To be able to put a straight face every single moment of the day without revealing a slightest emotion of my inner feeling. To be able to conceal what I feel inside. To be able to defeat without loosing my own spirit and soul.

It is amazing, right!

Sunday, January 24, 2010

Pagi Ini...

Pagi ini, sesuatu yang indah berlaku. Dalam rutin harian. Kecil sahaja. Namun terselit keindahan.
Bilikku betul-betul menghadap menara KLCC. Jelas berada atas rimbunan kehijauan flora dari jendelaku. Ada rel LRT antara puncak pokok dan bangunan batu/besi itu. Sesekali, sampai ketikanya, ada LRT melaluinya.

Hari masih terlalu pagi. Namun, suria mulai memancarkan sinar dan habanya. Seperti biasa, aku mengabdikan diri di meja kerja, usai Subuh. Itu rutinku. Sama ada bermain dengan aksara, atau menyambung pembacaan di katil sebelum bersiap ke tempat kerja. Semalam, sebelum tidur, aku baru menghabiskan pembacaan The Lizard’s Bite oleh David Hewson, jadi aku mahu ada jeda sebelum memulakan buku yang baru. Jadi, aku menulis pagi ini.

Tiba-tiba, larian LRT pada relnya membiaskan kilat sinaran suria dari cermin-cerminnya ke muka komputer ribaku. Terpancar ke kornea mataku. Aku yang sedang tenggelam dalam kerja, kembali menggapai realiti. Biarpun sekilas, biasan keemasan itu meninggalkan momen positif dalam jiwa. Ketenangan tanpa pinta. Aku bahagia.

Masih ada sinar cahaya untukku. Terima kasih, Tuhan! Semoga sinar-Mu membiasiku sepanjang hayat. Amin!

Friday, January 22, 2010

Aku Masih Belajar I

Aku masih belajar menjadi seorang pemaaf. Dalam erti kata yang sebenar. Memberi maaf dan melupakan kesilapannya. Seperti yang pernah kutulis; Memaafkan memang mudah, hanya dengan kata-kata. Tapi luka sebuah kemaafan itu tidak mudah dilupakan oleh kata-kata.

Ya. Kita akan merasa sangat terluka andai disimbah kata-kata amarah kesat. Lebih-lebih lagi jika ia bukan kesalahan kita. Atau, jika salah pun, ia tidaklah sebesar mana, tidak wajar untuk menerima makian tersebut. Dan kelukaan-kelukaan itu akan tersimpan dalam kalbu. Sehingga akhirnya, hati jadi parah. Dan diri menjadi layu.

Aku berusaha menjadi diriku. Ikhlas, jujur, peramah dan mengambil berat. Berpegang pada suruhan-Nya. Namun, sering disalahanggap. Sering diambil kesempatan. Dan sering dimanipulasikan. Kehidupan terlalu banyak mengecewakanku. Namun, inilah dugaan-Nya. Aku redha. Atau sejujurnya, berusaha untuk redha sepenuh hati. Fitrahku sebagai manusia biasa ternyata masih ada cela.

Aku berusaha memaafkan semua yang pernah bersalah padaku. Mereka yang telah mempergunakan kebaikanku. Mereka yang mengambil kesempatan ke atasku. Sama ada mereka sedar atau tidak. Cuba mengikhlaskan batin untuk memaafkan mereka. Memujuk akal, menghakis memori-memori duka tersebut.

Aku ingin bebas dari semua yang menyakitkan. Yang memberatkan raga. Terlalu penat memikul bebanan maya. Aku ingin kembali tenang. Dan kembali mencintai diri sendiri. Harapanku, moga kesalahanku pada orang lain juga akan dimaafkan.
Kuakui, ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Dan aku masih belajar.


Wednesday, January 20, 2010

Life

Life is…
such a melody of strings
sweet it may be
yet so pathetic for its dependence
on existence of means.

It should be made worthy
by transcending it into infinity
that when the strings snaps
one still hear its finest tune
with the bow burst
still has the melody within.

Bicara Januari

Terlebih dahulu, aku ingin maklumkan bahawa aku tidak menyambut tahun baru 1 Januari 2010 sebagaimana kebanyakan orang. Permulaan tahun baru bagiku adalah detik tatkala aku dilahirkan, 28 April. Jadi, setiap tanggal tarikh itu, aku akan memperbaharui tekad untuk menjadi lebih baik, berusaha menjadi lebih matang dan lebih berjaya daripada tahun sebelumnya.

Jadi, sebagai ‘so-called’ mukadimah entry pada tahun 2010 ini setelah lama menyepi, aku ingin bercakap tentang hidup dan kesepian. Dalam entry terdahulu, aku sering membicarakan subjek ini. Kesepian dan diriku sangat intim. Walaupun luarannya, hidupku amat penuh dengan acara; rasmi, separa rasmi atau peribadi, dan dikelilingi manusia, aku sebenarnya sangat sunyi.

Bukan kerana tiada teman atau sahabat peneman diri. Aku punyai beberapa golongan sahabat dan teman yang kusenangi dan percayai dari dulu yang masih utuh berhubungan. Dan kami sering ketemu dalam kesibukan masing-masing. Dan apatah lagi dengan kawan-kawan yang ramai. Satu pejabat. Satu kelab. Satu minat. Sekadar kawan untuk berlibur dan berkongsi rasa luaran.

Bukan tiada ahli keluarga mendamping hidup. Malah, pulang ke rumah mana-mana ahli keluarga di ibu kota ini memjadi satu kewajipan mingguan. Sekiranya aku tidak ada out station ke mana-mana. Makan bersama. Ke pasar malam bersama. Shopping bersama.

Namun, aku tetap merasa sunyi. Dan aku letakkan sebabnya kerana aku masih sendiri tanpa teman yang benar-benar istimewa. Yang boleh dijadikan sebahagian daripada diriku. Aku terlalu mendambakan seseorang untuk berkongsi hidup. Seperti orang lain. Aku sering menumpukan aspek kebersendirian ini tatkala memikirkan angka usia yang melangkau suku abad, malah melebihi tiga dekad sudah. Kenapa masih sendiri sedang diri tidak kekurangan lagi? Dan apatah lagi bila sering ditalu dengan pertanyaan dari keluarga, teman-teman, masyarakat sehingga aku tidak punya jawapannya lagi.

Tapi aku silap.

Aku larut dengan kesepianku sehingga aku terlupa bahawa di dunia ini kita sememangnya keseorangan. Sehingga aku alpa dengan kepentingan aspek hidup yang lain. Ada banyak perkara medambakan perhatianku. Penulisanku. Penyuntinganku. Galeriku. Ibadahku. Amal jariahku. Pembacaanku. ‘Survival’ku. Pengembaraanku.

Dan sesuatu telah membuatkan aku tersedar daripada ‘kelalaianku’. Hidup ini ternyata amat singkat untuk dibazirkan dengan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Atau untuk meratapi ketidakadilan dunia dan orang-orangnya. Untuk dihabiskan dengan sia-sia. Biarlah mereka dengan dunia dan kelalaian mereka. Biarlah.

Cukuplah aku bertemankan negativiti. Bukan aku lemah, Cuma tidak kuat untuk meyakinkan diri sendiri. Kurang percaya dengan kemampuan diri. Atau mungkin terlalu ingin menjaga hati persekitaran. Aku ingin kembali menjadi diriku yang asli. Yang sebenar.

Dahulu aku sangat membenci kesepian. Dan aku menyibukkan diri dengan urusan dunia yang kurang bermanfaat untuk mengelakkannya. Sehingga tersasar arah. Cukuplah. Urusan dunia akan terus kulakukan. Mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa perlu mengorbankan prinsip dan harga diri. Melakukan apa yang kusukai, walaupun payah dan perit, namun dengan hati yang lebih redha dan tenang. Meskipun hidup masih sendiri.

Dan aku dan kesepian akan terus menjadi teman karib. Kerana di dalam hati manusia, pasti ada kesunyian. Dan kesunyian itu, tidak akan dapat diisi, dihilangkan, tanpa mendekatiNya. Tanpa keimanan kepadaNya. Dan apabila mengamalkannya dengan hati yang tulus dan istiqamah, aku jadi tegar . Bukan aku melupakanNya dulu, Cuma terkadang ‘terlupa’ dan tidak tetap dengan sunatNya.

Terima kasih kepada ‘sesuatu’ itu yang telah menyedarkan aku bahawa hidup ini perlu diteruskan. Aku amat berharap, aku akan terus berada di landasan yang betul sehingga detik aku menutup mata. Dan aku tidak sendiri lagi.

Tuhan, berkatilah aku!