Terlebih dahulu, aku ingin maklumkan bahawa aku tidak menyambut tahun baru 1 Januari 2010 sebagaimana kebanyakan orang. Permulaan tahun baru bagiku adalah detik tatkala aku dilahirkan, 28 April. Jadi, setiap tanggal tarikh itu, aku akan memperbaharui tekad untuk menjadi lebih baik, berusaha menjadi lebih matang dan lebih berjaya daripada tahun sebelumnya.
Jadi, sebagai ‘so-called’ mukadimah entry pada tahun 2010 ini setelah lama menyepi, aku ingin bercakap tentang hidup dan kesepian. Dalam entry terdahulu, aku sering membicarakan subjek ini. Kesepian dan diriku sangat intim. Walaupun luarannya, hidupku amat penuh dengan acara; rasmi, separa rasmi atau peribadi, dan dikelilingi manusia, aku sebenarnya sangat sunyi.
Bukan kerana tiada teman atau sahabat peneman diri. Aku punyai beberapa golongan sahabat dan teman yang kusenangi dan percayai dari dulu yang masih utuh berhubungan. Dan kami sering ketemu dalam kesibukan masing-masing. Dan apatah lagi dengan kawan-kawan yang ramai. Satu pejabat. Satu kelab. Satu minat. Sekadar kawan untuk berlibur dan berkongsi rasa luaran.
Bukan tiada ahli keluarga mendamping hidup. Malah, pulang ke rumah mana-mana ahli keluarga di ibu kota ini memjadi satu kewajipan mingguan. Sekiranya aku tidak ada out station ke mana-mana. Makan bersama. Ke pasar malam bersama. Shopping bersama.
Namun, aku tetap merasa sunyi. Dan aku letakkan sebabnya kerana aku masih sendiri tanpa teman yang benar-benar istimewa. Yang boleh dijadikan sebahagian daripada diriku. Aku terlalu mendambakan seseorang untuk berkongsi hidup. Seperti orang lain. Aku sering menumpukan aspek kebersendirian ini tatkala memikirkan angka usia yang melangkau suku abad, malah melebihi tiga dekad sudah. Kenapa masih sendiri sedang diri tidak kekurangan lagi? Dan apatah lagi bila sering ditalu dengan pertanyaan dari keluarga, teman-teman, masyarakat sehingga aku tidak punya jawapannya lagi.

Tapi aku silap.
Aku larut dengan kesepianku sehingga aku terlupa bahawa di dunia ini kita sememangnya keseorangan. Sehingga aku alpa dengan kepentingan aspek hidup yang lain. Ada banyak perkara medambakan perhatianku. Penulisanku. Penyuntinganku. Galeriku. Ibadahku. Amal jariahku. Pembacaanku. ‘Survival’ku. Pengembaraanku.
Dan sesuatu telah membuatkan aku tersedar daripada ‘kelalaianku’. Hidup ini ternyata amat singkat untuk dibazirkan dengan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Atau untuk meratapi ketidakadilan dunia dan orang-orangnya. Untuk dihabiskan dengan sia-sia. Biarlah mereka dengan dunia dan kelalaian mereka. Biarlah.
Cukuplah aku bertemankan negativiti. Bukan aku lemah, Cuma tidak kuat untuk meyakinkan diri sendiri. Kurang percaya dengan kemampuan diri. Atau mungkin terlalu ingin menjaga hati persekitaran. Aku ingin kembali menjadi diriku yang asli. Yang sebenar.
Dahulu aku sangat membenci kesepian. Dan aku menyibukkan diri dengan urusan dunia yang kurang bermanfaat untuk mengelakkannya. Sehingga tersasar arah. Cukuplah. Urusan dunia akan terus kulakukan. Mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa perlu mengorbankan prinsip dan harga diri. Melakukan apa yang kusukai, walaupun payah dan perit, namun dengan hati yang lebih redha dan tenang. Meskipun hidup masih sendiri.
Dan aku dan kesepian akan terus menjadi teman karib. Kerana di dalam hati manusia, pasti ada kesunyian. Dan kesunyian itu, tidak akan dapat diisi, dihilangkan, tanpa mendekatiNya. Tanpa keimanan kepadaNya. Dan apabila mengamalkannya dengan hati yang tulus dan istiqamah, aku jadi tegar . Bukan aku melupakanNya dulu, Cuma terkadang ‘terlupa’ dan tidak tetap dengan sunatNya.
Terima kasih kepada ‘sesuatu’ itu yang telah menyedarkan aku bahawa hidup ini perlu diteruskan. Aku amat berharap, aku akan terus berada di landasan yang betul sehingga detik aku menutup mata. Dan aku tidak sendiri lagi.
Tuhan, berkatilah aku!
No comments:
Post a Comment