Saturday, February 20, 2010

Balik Kampung 3

Kebetulan, sekarang musim panas. Lebih panas dan bahang dari ibu kota. Langit biru seantaro alam. Awan hanya malu-malu menyapa. Cantik tapi memeritkan! Apatah lagi kedudukan rumahku yang berdekatan laut. Jadi, bahang bayu laut merentungkan lagi kulitku sehingga ditegur oleh jiranku sebaik sahaja aku kembali. Ahh, perkara kecil saja, bah! Lagipun memang kulitku jarang berkesempatan untuk cerah. Asyik berjalan tengah panas atau berenang saja, bah!

Aku yang sangat kurang minum ais, setiap hari meneguk air sejuk. Tak tahan panas! Dan bahang udara. Nasib baik, tak sakit tekak! Mineral pot tak sempat penuh, asyik minum saja! Bergilir-gilir kami memenuhkannya. Walaupun aku orang timur, tapi keluargaku kurang gemar minuman yang manis. Jadi, kami banyak minum air kosong saja. Kecuali jika ada tetamu, barulah akan buat air manis. Oleh kerana kali ini ada kenduri, maka ramailah orang datang bertamu. Memang sudah kujangkakau. Lalu, aku siapkan air manis sampai tiga botol! Jadi, mudah bagi adik-adikku menyediakan air batu berperisa kepada tetamu jika aku tiada.

Dan makan! Kalau di ibu kota, aku cuma makan nasi dua kali seminggu, di sini, hari-hari! Terutamanya nasi kerabu! Dan lauk-lauk kampung. Simple but hhmmm, tak payah cakaplah! My family siap cakap, macam tak pernah makan! Alah, diorang memang tau pun, aku kurang gemar makan nasi. Tapi bila balik kampung saja, diet aku melayang entah ke mana!

Selama 10 hari aku di kampung, aku tak sempat rasa lapar. Sekejap-sekejap makan. Dan makan lagi. Memang dapur jadi tempat lepak. Ruang tamu terbiar. Minggu kedua dan ketiga Februari ini padat dan memenatkan. Tetapi mengembirakan. Banyak berjalan ke sana ke mari. Dan sudah semestinya, singgah di gerai-gerai makanan.

Nasi kerabu, nasi minyak, laksam, laksa penang, bubur pulut hitam, kuih bingka ubi, cream puff, lompat tikam, tepung pelita, kerabu kacang botol, akok. Antara makanan yang sempat aku bantai semasa pulang kali ini. Tapi terkilan juga, kuih pulut hijau berkelapa yang berbentuk bulat dengan pisang ditengah-tengahnya tak jumpa.
Alahai!

Tambah pula lauk pauk kenduri. Ayam percik, gulai kawah dengan umbut kelapa, sambal, acar timun, solok lada, ikan masin. Belum masuk desert dan buah-buahan. Puhhhh! Ada tiga empat kali juga aku makan masa hari kenduri.

Belum lagi komplot aku dengan anak-anakku. Diorang ‘rajin’ ke kedai simpang jalan. Aiskrim, jajan, keropok, air botol dan segala macam makanan ringan yang hanya boleh didapati di kampung. Tapi akulah yang tanggung ongkosnya! Apa mau buat!

Disebabkan musim panas inilah, bilik-bilik air rumahku menerima tetamu yang tidak putus-putus. Malah ada yang menjadikannya sebagai ‘rumah kedua’. Ada yang besar. Ada yang kecil. Menggerutu, licin, hijau gelap. Ada yang lincah dan ada yang hanya membatu di pojok bilik.

Dan aku pula, entah berapa kali aku menjerit di bilik air! Ahaks!

No comments:

Post a Comment