Thursday, February 4, 2010

PRIDE

Aku ada satu kegemaran. Menonton drama Jepun. Terutamanya lakonan Takuya Kimura. The Wealthy Family, Beautiful Life, Love Generation, Engine, Change dan beberapa siri drama lagi. Koleksiku kurang lengkap, sedang cuba melengkapkannya! :)

Biasanya, bila aku berjiwa kacau atau motivasi diri merudum, aku akan kembali membelek koleksi CD/DVDku. Walaupun, telah berulang kali ditonton, ia tidak menjemukan. Malah, menaikkan semangat. Dan, baru-baru ini, aku dilanda kekusutan fikiran. Bukan apa, terlalu banyak komitmen yang menuntut tumpuanku. Namun, keadaan di pejabat yang semakin hilang ‘seri’ membuatkan aku tertekan dan lemas. Sehingga hampir menjejaskan semangat diri.


Jadi, untuk kembali menjadi diriku yang ceria dan bersemangat, aku menonton PRIDE. Entah untuk kali yang ke berapa. Dan sesudah menghabiskan semua lapan episodnya, aku kembali bersemangat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jangan lupa, bahawa dalam hidup yang serba mengejar kebendaan, masih ada insan yang berhati mulia.


Masih mementingkan diri orang lain sehingga sanggup berkorban. Masih ada insan berjiwa suci. Jujur. Ada jati diri. Berpegang pada janji. Dan dalam dunia yang penuh dengan kepentingan peribadi, masih ada insan yang benar-benar memahami…

No comments:

Post a Comment