Saturday, May 8, 2010

Hi There!

Salam.
Oleh kerana sudah lama tidak ‘bersiaran’ slps kedatangan tahun baruku ini, aku gagahkan diri mencoretkan sesuatu. Tak larat mjawap tya kabar orang psl blog ni. Tak sangka plak ada yg sudi ikut blog yg ntah apa2 ni. So, abaikan bahasa aku kali ini. Ampun ya! Mood bhs pasar kali ini. Kelam-kabut dan mengejar masa. Sebab dah lama takde entri, ni kiranya entri panjang yg dipecah-pecahkan, ya!

I : Keje
Hari ini bermula dengan tak berapa enak! Pagi-pagi buta dikejutkan dgn sms bertalu-talu. Hal kerja. Yang membuatkan aku ‘hangin’, kitaorang baru je diskas semalam apa yg dia baru betulkan. Ini, dah tanya siap ke belum. Tolonglah! Pembetulan yang aku minta dia buat, hampir 2 minggu baru dia reply, then terus expect aku cek overnite! Gile ke apa! Dah lah semalam, aku pun buat keje dia sampai kul 4.45 pagi tu pun dah 1/3 gak dah rechecking, pastu baru tido. Then, automaticly bangun subuh kul 6 then sambung tido. Ni tak sampai sejam tido balik, dah kena kacau!
II : Diri
Aku apatah lagi, bila dah kena ‘kacau’ ni, memang sahlah susah la nak tido balik. Plus jiran atas aku ni yang pepagi buta memekak, ketuk ntah apa, dengan bunyi burung berkeriau yg ntah dari mana, memang aku tak blh sambung tido. Memang selama ni pun cukup payah nak terlelap. Tapi kalau dah tido tu, paham2 jelah, susah plak nak bangun! m So, sebab dah jaga kan, nak x nak, bangun gak le!

Jadi, dgn muka sememeh dan membebel kuat2 kat jiran atas aku, aku mandi. Siap mandi, senyap suasana pulak. Paham bahasa pulak jiran atas aku ni. Kalau tak, lagi dia memekak! Hari Sabtu, cuti, senyap sikit pepagi ni, bebudak sek. agama depan rumah aku pun x berdoa kuat2. Maybe ramai orang bangun lambat kot! Yelah aku siap mandi, bangunan KLCC tu pun nampak macam berkabus lagi. Ceh, jelesnya pada org2 yg sedang tido tu!

As usual, I don’t really wake up, klau tak pekena kopi. After sipping my first latte while pc on, I do my laundry. Lepas tu, sambung balik keje semalam. Bengang lagi sikit2. sampai kul 4 aku bekerja. Pastu, tengok macam nak hujan jer, terus aku siap2 nak keluar lepas Asar. Memang dah cadang nak gi Alpha Angle WM. Tapi plan nak kuar lps magrib, so xleh lepak lama2. Nak beli Big Apple donut untuk mak aku yang akan sampai subuh esok.

III : Mak
Orang tua ni punya taste, kelas! Tapi, salah aku gak. Setiap kali dia datang KL, aku akan bawak dia ronda/try benda baru. Kalau bab donut ni, first aku bawak dia try dunkin donut. So, lepas tu, setiap kali dia dating Kl, sure dia kias2 benda tu. Paham dah! Pastu aku bawak dia try JCo, Big Apple dan Krispy Kreme plak. Dunkin dah x main dah. KK dan BA plak dia cari! Haiiyaa, hi-taste rupanya orang tua ni! Yang jadi masanya akulah. Padan muka aku! Hah, kali ni satu dozen donut aku beli, klau tak cukup lagi, tak taulah!
Tu belum lagi ckp psl makanan. Dulu, bila aku perkenalkan dia dgn japanese food, then korean food, lepas tu, bila datang KL, hintlah..."ala, nasi yg balut2 tu!" nak sebut nama, tak reti kan! Antara Sakei Sushi dan Sushi King, dia prefer SK la. Tu belum aku bawak dia ke Sasaki lagi, kalau tak konpem rambang mata dia nak pilih makanan mana satu!

IV: Anak2
Masa kat JJ, tengah tengok2 display kat main area tu, anak buah aku plak telefon. Mintak belikan hadiah utk akak aku sempena Mother’s Day la konon. Diorang tau, kalau nenek diorang datang rumah diorang, pasti aku akan ke sana. Yelah, mak tak gemar lepak rumah aku, maklumlah rumah kecik, pastu aku sorang2 je. Takde best takde cucu2 dia! Hampeh!
Anak2 aku lg hampeh!Siap list tu nak apa: Ferraro rochel bekas besar, rose sejambak, kad besar. Kalau dah occasion kan , harga barang akan naik. Tapi sebab diorang, aku beli gak le. Kopak aku! Jangan harap la nak dapat refund, paham2 jelah, klau bertuah pun dapat suku jelah. Itu pun klau dapat!
Tapi bagus gak le, tak payah2 aku pening kepala. Memang bab2 shopping ni aku tak reti gile. Nanti tak kena plak kang apa yg aku beli. Tapi, klau shopping buku, anitime!!!!

I : Sambg Keje
So, sblm magrib aku sampai rumah. Kena gak gerimis sikit. Lps magrib, aku sambung keja. Tetiba pulak di kejutkan oleh dentuman bunga api. Tergendalalah keje sekejap. Lepak di tingkap menikmati percikan bunga api. Tapi memang plan nak sambung keje sampai ‘lebam’, bak kata orang kini2! Lagipun, esok, seawal mungkin aku akan ke rumah kakakku. Dia pulak baru call, kata nak buat makan2, so, paham2 jelah. Aku akan jadi tukang masak x rasmilah. As usual…!

So, whole day burn! Lusa plak, kena antar adik bongsu aku di daftar Matrik kat Gambang Pahang. Surely one more day x keje, kan! Balik tu penat giler la. Then, nak temankan mak pulak, mana tau dia nak gi mana2 lah selagi dia di sini. Bukan senang dia nak tinggalkan ayam itik dia kt kampong tu!

So, memang aku berkejaran dgn masa sekarang ni. Nak siapkan current projek aku yg lama drag sebab mamat ni. Aku setkan deadline utk diri aku, plg lmbt pun must be finish by next week. Harapnya mamat ni x buat hal lagilah! Banyak lagi projek yang sedang menunggu sentuhan aku. Member aku kat muzium tu pun dah berkali2 tanya, bila nak datang bincang projek sana. Haiiyaaa!

Belum cakap pasal penulisanku lagi. Itu lagi la drag…Tensen! Ampun semua yang terlibat, aku betul2, tak cukup kepala sekarang ni!

IV: Kawin
Bila dengar bunga api tadi, tetiba je terfikir, ni mesti ada orang kawin ni. Area2 kat rumah aku ni selalu sangat ada kenduri kawin. Murah jodoh betul la diorang ni (jeles la plak!) kat kawasan kejiranan aku pun sama. Boleh dikatakan setiap minggu ada jer khemah yang terpacak. Then time2 tengah ari, or awal petang, ada jelah kedengaran paluan kompang. Banyak kali gak mengejutkan aku yang tido. Ahak!

Cakap pasal bunga api, kompang, kawin ni, tetiba je aku sayu. Orang kita ni banyak sangat membazir. Kompang lah, karaoke lah. Kad undanglah. Bunga apilah. Pelaminlah. Set bilik tidolah. Itu belum masuk door gift lagi, yang selalunya disimpan saja. (cth: bunga telur, tuala kecil, etc)

Terfikir, alangkah bagusnya kalau bajet untuk bende2 camni disalurkan ke anak yatim ke, sedekah ke. Kan lagi afdal drp membazir camtu jer. Buat apa ,bakar’ duit utk bunga api sampai 5 minit lamanya. Macam yang aku baru lepas tengok. Memang la cantik, colourful, macam2 corak, tapi, itu jelah! Baik bajet masuk tabung, beli rumah ke apa, kalu xnak sedekah la!
Aku terfikir, tak bolehkah kawin utamakan yang wajib je? Akad. Pastu simple kenduri utk warwarkan dah kawin. Cukuplah! Tak perlu mbazir sana sini. Yelah, paham, sekali seumur hidup, memorable moments, blab la bla. It different matterlah

Haiiyyaa!! Dah panjang plak. Udah le dulu. Nanti aku sambung dgn entry yg proper. Dah melalut pulak ni. Tadi, pikir nak break jap je. Oiii! Keje tak siap lagi. GTG!
Au revoir!

No comments:

Post a Comment