Hidup adalah kembara mencari erti. Dalam kembara diri, kita pasti menemui dan merasai pelbagai rencah kehidupan. Ada yang membahagiakan. Ada yang mendukacitakan. Dan satu hari nanti kita akan sedar bahawa hidup ini sebenarnya tidak bermakna. Kita dilahirkan ke dunia, kemudian kita akan mati. Itu adalah kenyataannya. Tetapi kita tidak semestinya pasrah. Sebenarnya jawapan kepada kehidupan kita ada di dalam diri jika kita mencarinya betul-betul.
Ada perkara yang lebih baik andai kekal pegun. Namun banyak perkara tidak boleh tidak terus statik seperti biasa. Perlu ada perubahan. Kita semua pasti berubah. Semua orang akan berubah mengikut masa dan keadaan. Sebab kita semua akan dewasa dan menjadi lebih matang dari sehari ke sehari. Kadang-kala kita lihat orang yang pernah kita kenali semacam orang asing. Kita mungkin tidak kenal dia lagi. Mungkin kerana dia telah berubah atau mungkin kerana kita sendiri yang telah berubah.

Semua ini menjadi kenyataan hidup. Antara pegun dan berubah, mana satu pilihan hati dan akal?
No comments:
Post a Comment