Sunday, November 15, 2009

Seminggu Ini...

Hidup perlu diteruskan. Hari ini bermula satu kursus untuk peningkatan kerjayaku. Biar aku sahaja tahu kursus apa. Penat dan pening diluar jangkaan. Ini baru hari pertama. Duhai hati, sabarlah. Harapnya dapat dihabiskan lebih awal. Awal pagi sudah keluar rumah, lewat malam baru kembali. Ditambah pulak dengan sifat 'vampire'ku dalam menyiapkan 3 buah karya kreatif secara serentak. Rehat dan makan sedikit terabai. Maaf duhai editorku, terlambat menyempurnakan janji 'dateline'. But you know me, I always keep my words! Just be patient, okay!

Jadi seminggu lebih jugalah, teratak kecilku ini akan terbiar. Walaupun banyak yang telah aku tulis dan akan tulis, ia masih perlu tambahan/olahan agar untaian kesinambungannya muluk dan lebih memberi erti. Bukan sekadar entries biasa. Terpaksa mengalah oleh keadaan. Perlu utamakan kepentingan tertentu. Harap yang sudi singgah di sini sabar dan memahami.

Kepada mereka yang cuba menghubungi dan gagal (baca: tidak diangkat), tolong sms dan kenalkan diri. Aku masih dalam proses mengumpulkan semula semua senarai 'PhoneBook'ku. Apapun, terima kasih kerana sudi. Aku amat menghargainya!

Salam

No comments:

Post a Comment