Kadang kala, kita tidak perasan sesuatu itu datang kepada kita. Kadang-kadang kita sedar kehadirannya setelah ia mahu pergi. Ada kalanya, kita perasan dan sedar, tetapi sengaja tidak mahu mengendahkannya.
Datang dan pergi. Kembali dan pergi. Kadang kala tidak datang kembali. Ada yang membekas. Ada yang selajur lalu sahaja. Mungkin bersebab. Mungkin sengaja. Mungkin takdir. Perlukah diingati atau lupakan sahaja?
No comments:
Post a Comment