Saturday, July 25, 2009

A Glimpse

A glimpse
through an interstice caught,
of a crowd of workmen and drivers in a bar-room,
around the stove,
late of a winter night
And I unremark'd seated in a corner;

of a youth who loves me,
and whom I love,
silently approaching,
and seating himself near,
that he may hold me by the hand;

A long while,
amid the noises of coming and going--
of drinking and oath and smutty jest,
There we two,
content,
happy in being together,
speaking little,
perhaps not a word.




Kredit: Walt Whitman

Friday, July 17, 2009

Dia


Aku tahu. Aku harus kuatkan diri dan jiwa. Seharusnya aku utamakan kerjaya dan masa depan. Usaikan segala tanggungjawab. Kotakan segala janji dan kata. Namun tidak dapat aku tahan rasa dalam dada ketika ia datang menyirat seluruh indera.

Aku rindu.

Thursday, July 16, 2009

Kingdom of Buyau Part II


Kisah Seorang Ibu



Aku terkesan sesuatu dalam kembaraku yang ringkas kali ini. Menghabiskan masa bersama Makcik membuatkan aku sedar tentang sesuatu. Sebenarnya, kesedaran ini telah lama wujud dalam jiwaku, cuma tidak terluah oleh kata-kata. Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah orang. Mungkin ada yang tidak pernah merasainya. Mungkin ada yang tidak langsung menunjukkan sebarang reaksi tentang ini. Hati seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu. Kesunyian seorang ibu.

Well, tidak banyak yang mampu kuperkatakan tentang ini. Lidahku kelu. Cuma apa yang dapat aku simpulkan setelah banyak menghabiskan masa bersama insan-insan yang bergelar ibu ini cuma satu. Mereka berhati mulia! Tidak kira apa bangsa, keturunan atau agama mereka, melalui pengalamanku, mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Apabila mereka jauh di mata, kerinduan itu meruntun naluri. Dan kesepian ditinggalkan anak-anak dan cucu-cucu yang sibuk membina hidup dan mencari rezeki di kota, membuatkan mereka nanar dalam rindu dan sepi. Apalagi bila sendirian. Aku faham amat.

Mungkin ada yang suka bercoleteh dan kerap meluahkan ketidakpuasan rasa terhadap anak-anak mereka kepada orang asing (seperti Makcik), namun aku tahu, niat mereka baik. Biasalah! Mereka cuma mahu meluahkan isi hati mereka kepada orang yang sudi mendengar, walaupun bukan pada darah daging sendiri. Dan anak-anak sendiri, kadang-kadang muak mendengar perkara yang sama saban masa, sehingga terabaikan hati seorang ibu tanpa sedar atau sengaja. Terfikir juga, mungkin aku pun ada ‘terbuat’ begitu. Ampun Mek!

Aku bersyukur Tuhan memberikan aku kebolehan dan kesabaran dalam komunikasi dengan golongan berusia ini. Walaupun ada kalanya, hampir tercabar juga dengan karenah mereka! Mungkin kerana aku daripada keluarga yang besar dan sentiasa dipenuhi riuh saudara dan taulan, jadi aku mampu menyelami isi hati mereka. Dan ketika berkunjung ke rumah rakan-rakan, menghabiskan masa di dapur bersama ibu-ibu, bergurau senda dan menimba ilmu baru lewat perbezaan adat, budaya dan kebiasaan, membuatkan aku sarat dengan emosi dan pengalaman, harap-harapnyalah! Bukan apa, mereka cuma perlu teman untuk berbicara, untuk dimanjakan, untuk diajak berkongsi hidup. Walaupun banyak berbeza pendapat dan kemahuan, iyakan saja segala bicara mereka. Dan hargailah mereka. Itulah yang paling berharga daripada memberikan harta dunia yang entah apa-apa!

Kembara singkat ini, selain manggis, aku habiskan dengan menemani Makcik membersihkan daunan kering, sampai terluka tangan (padan muka!), menyiapkan hidangan dengan Makcik sebagai tukang tengok, bertengek di sebiji kelapa tua di tengah kebun dalam sesi temubual tak rasmi di tengah hari dan bicara lewat kegelapan malam sambil menunggu kantuk tiba membuatkan aku tiba-tiba rindu pada Mek. (p/s: aku orang Timur, jadi panggilan Mek lebih akrab berbanding ibu atau mak)

Mek juga seperti Makcik. Namun, oleh kerana kami keluarga yang besar, jadi dia tidak perlu meluahkan pada orang luar, cukup dengan kami anak beranak. Biasanya akulah yang jadi mangsanya. Sebab aku belum berpunya dan tidak banyak tanggungjawap (padan muka lagi!). Adik aku buat silap, aku yang kena leter. Mek tak puas hati dengan abang aku atau kakak ipar aku, aku yang tukang dengar bebelannya. Kakak aku buat hal, aku yang jadi kaunter lepas geram dia. Dan kalau dia tak puas hati dengan kedegilan aku, as usual :), kakak aku yang dia cari!

Aku akui, aku amat jarang menghabiskan masa bersamanya sejak aku berhijrah ke bandar. Walaupun punya sebab-sebab tertentu (terlalu peribadi untuk dikongsi bersama, cuma beberapa orang yang tahu!) yang tidak perlu diterangkan, jauh di sudut hati, aku merindui masa-masa bersamanya. Seperti zaman kanak-kanakku dahulu, sebelum aku melangkah ke alam asrama penuh, kolej dan seterusnya universiti. Sekarang aku cuma pulang untuk hari raya puasa. Demi Mek. Itupun bukan setiap tahun. Maaf Mek, aku punya sebab untuk itu. Aku tahu dan sedar, kau memahaminya walaupun tidak ke akar umbinya.

Dulu, aku sering menemaninya membuat kuih-kuih untuk jualan, kadang-kadang sampai jam tiga atau empat pagi. Masa itu , kakak dan abang sama ada telah dibuai mimpi, atau jauh menuntut ilmu. Itulah masa aku dengannya. Maklumlah, dalam bilangan ahli keluarga yang ramai, agak susah untuk mendominasi masa dan perhatiannya. Tambahan pula, aku bukan orang yang suka bercakap tanpa isi. Dan kala malam atau dinihari itu, bertemankan api pelita (masa itu, rumahku tiada bekalan elektrik), aku dengan bukuku dan dia dengan kerjanya! Dan sambil-sambil itu, dia akan bercerita denganku. Tentang alam. Tentang agama. Tentang pengorbanan. Tentang hidup.

Betapa aku rindukan saat itu! Mek, hujung minggu ini aku pulang!

Tuesday, July 14, 2009

Kingdom of Buyau: Part I

Manggis oh manggis!



Kami tiba di Buyau ketika hari hampir bertambah usia. Dalam kepekatan tengah malam, perkara pertama yang dibuat oleh Mas dan Along ialah menjolok manggis. Aku masih agak segan, maklumlah baru pertama kali bertandang ke sini, tersenyum sahaja sambil menurunkan beg-beg dari kereta sambil menemankan Makcik dan suami Along melihat kerenah mereka berdua. Namun, sempat juga merasa tiga biji manggis selepas itu.

Keesokan harinya, selepas bersarapan, aku dan Mas terus ke pokok manggis di belakang rumah. Sambil mengait (mengait ke?) buah manggis, kami berkelah di situ. Makan buah sambil berbicara tentang alam dan persoalan hidup. Sempat lagi ada sesi kaunseling, gitu! Rasanya sempat juga sekilo dua manggis aku makan, sebelum perutku buat hal. Ala, belum ke ‘bilik kecil’ lagi pagi ini! ;) Mandi pun belum! Sempat berus gigi, cuci muka dan pakai contact lens sahaja!

Then, sesi makan buah bersambung. Mas sempat mencapai BF dia untuk merakamkan suasana Buyau. Agak terkilan, kerana abangku menggunakan digicam kami. Kalau tidak ada juga kuambil gambar awan berarak itu! Lovely and fascinating! So, untuk gambar-gambar menarik kembara ini, tunggu laporan seterusnya, selepas aku dapat salinannya, ok!

Hari kedua dan terakhir, selepas mandi dan menunggu Mas bangun, aku bersarapan dengan roti cicah kuah durian yang Makcik buat semalam. Sempat menjolok manggis di belakang rumah. Tetapi agak kecewa, kerana tidak banyak dapat. Buah-buah berada tinggi-tinggi. Penat sahaja, bah! Tiba-tiba teringatkan seseorang. Alangkah bagusnya jika dia di sini sekarang. Boleh aku gunakan sebagai tukang kait aku! Hahahaha!

Hampir tengah hari, setelah berjaya membuka mangga pintu kebun yang hampir berkarat, aku dah Mas, meredah semak dan belukar kecil menuju pokok-pokok manggis. Hah! Buah-buahnya berada di dahan yang rendang sahaja, membolehkan aku memetiknya sahaja. Penuh satu besen! Puas hati aku! Sambil petik, sambil makan. Huh, sempat makan lagi! Banyak jugak!

Kala aku masuk ke dalam semak, empat puluh tujuh ekor nyamuk telah datang menyambut kehadiran aku. (ini ayat Mas ni!) Aku pun berusaha menjolok manggis itu, tetapi tidak sampai. Maklumlah, ketinggian tidak membenarkan! Bak kata Attok, bukan tak cukup inci, tapi tak cukup kaki! (Eleh, macamlah dia tu tinggi sangat!).

Hujung mulut botol yang telah diterbalikkan yang mana muncungnya telah disumbat ke ladam sebatang kayu setinggi dua kali aku dan bontot botol tersebut telah dilobangkan bagi menjadi tempat persinggahan sementara manggis manggis yang kurodok tangkainya daripada jatuh ke tanah. Itulah pengait manggis. (lihat gambar dalam laporan akan datang).

Proses ini bagi mengelakkan tekanan terhadap kulit buah manggis yang hitam legam dan juga langkah keselamatan bagi melindungi isi buahnya yang putih bersih dari dilebamkan akibat lantunan kulitnya yang hitam tadi ke tanah (ini ayat Mas jugak!).

Sampai berbintat kulit tangan aku disinggahi nyamuk. Dan ada ketikanya, aku ralit menjolok manggis, sampaikan kakiku terluka dek gurisan kayu mati. Alah, manggis punya pasal! Demi kerana manggis… Tak cukup dengan besen, Mas bawak beg plastik, besarnya ya amat! Hampir separuh penuh juga beg itu jika tidak aku makan separuh isinya dalam semak itu.Hampir petang kami di kebun. Kalau tidak Along dan suami datang, rasanya kami masih di sini. Makcik menebas sikit-sikit, Mas dengan BFnya merakam sahabat flora di hutan kecil ini dan aku sambil menghabiskan manggis! Penat tapi seronok!

Kami kelaparan, walaupun telah makan sebelumnya. Jadi, bekerjasama menyediakan lunch yang sangat ringkas. Nasi, ikan goreng sambal dan sayur sawi. Kami sekeluarga (aik, bila masa pulak aku jadi ahli keluarga minah ni?) bersembang sambil makan. Kemudian, aku sambung makan manggis, sambil Mas menyambung tidur. Makcik di dapur dengan urusannya. Along dan suami menghilang ke laman rumah.

Kami bertolak dari Buyau seusai/selepas Mas dan Makcik solat Magrib. Tau sahajalah orang tua, lambatnya bersiap, lepas satu, satu lagi hendak dibuatnya. Hampir jam sembilan juga kami sampai ke Seremban, sebelum bertolak ke KL. Kalau bukan aku menggunakan public transport, mau satu kereta aku angkut manggis kot!

Dan pagi tadi, bangun sahaja jam 3.30 pagi, aku makan beberapa biji manggis sebelum aku mengadap computer, menyiapkan tugasan kakak dan kerja-kerjaku sebelum aku kembali menyambung tidur jam 11 lebih. Bangun dari tidur dalam jam 2 lebih, aku menghabiskan manggis-manggis yang tinggal. Ahh…nikmatnya!

Rasanya dalam sehari dua ini, aku telah melahap (bukan tahap makan lagi dah!) kurang lebih 10 kg manggis! Mungkin lebih kot! Gila betul! Betul-betul aku chentakan manggis ini kan!

Ahh, manggis oh manggis!

Kisah Seorang Kakak II

Lagi sekali dia buat hal. Last minute amendment. Spoiled my short weekend vacation at my friend’s kampong. Luckily, the vacation is nearly over, so my temper are still at ‘cooling phase’. So, after reached KL, I rushed back home without sleepover at her house first, as planned. (Sorry, friend!)

Sampai rumah kurang lebih jam 11 malam , lepas bersihkan diri, terus tidur sebab kepala pusing hasil penangan manggis+durian! (Padan muka, makan tak ingat dunia!). Bangun jam 3.30 pagi, terus siapkan tambahan assignment yang diminta. Kepala dah tak pening lagi. Thanks God! Sedar-sedar, surau dekat rumah azan Subuh. Baru siap. Kakak aku yang seorang ini memang nak kena! Dah siapkan kerja dia, bukannya tahu nak sms terima kasih ke apa! Memang!!! Tengoklah raya nanti, siaplah aku marah face to face!

Then, aku sambung kerja-kerja aku. Back to my work. Tiba-tiba terfikir sesuatu. Aku rasa ramai lagi manusia di luar sana yang satu spesis dengan kakak aku yang seorang ini. Suka sangat buat kerja saat-saat akhir. Dan suka sangat menyusahkan orang. Hahaha! Ada yang terkena/terasa ke?

;)

Wednesday, July 8, 2009

Kisah Seorang Kakak

Aku bengang betul dengan kakakku yang sorang ni! Semalam, baru sahaja aku memanggil aura alam untuk berkarya, dia menelefon dari negeri di selatan sana. Ada hal penting, katanya memulakan bicara. Minda aku terus beralih daripada coretan dan contengan idea di kertas terpakai, kepada bicaranya. Aliran idea dan ilham akas terhenti. Sedangkan aku harus cepat, perlu kreatif dan bijak menyusun kata dan bicara. Baru petang tadi, editorku meminta agar menambah kurang lebih seratus halaman untuk karya fantasiku. Tempoh yang diberi cuma seminggu. Aduhai!

Nada suara kakak aku yang seorang ini membayangkan ada yang tidak kena. Aku terus teringatkan keluarga di kampung. Ada yang tidak kenakah? Ada bala atau musibah yang menimpakah? Ada tetamu tak diundangkah? Ada orang masuk meminangkah? ;) Rupa-rupanya, tekaanku tersasar belaka!

Ada ke patut pada jam 9.41pm, dia meminta aku menyiapkan assignmentnya! Hendak dihantar pada esok hari pulak. Minima lapan halaman dalam bahasa Inggeris. Ya Tuhan! Nak kena ni! Bukan aku tak mampu buat, tapi subject matternya berlainan. Bukan bidang aku. Nasib baik aku ada basic medic, jadi tak bermasalah sangat. Tapi teruk juga nak membaca bahan rujukan dan mencari tambahan isi lagi! Banyak dan bercelaru pulak tu! Memang kena sembur dengan aku malam tadi! E kat rumah pun sampai naik bosan dengar aku membebel dari dalam bilik. Marah-marah sambil siapkan assignment kakak aku yang seorang ini. Nasib baik dia kakak aku, kalau tidak, memang aku tak buat kerja gila ni!

Geram betul. Lain kali, kalau nak minta tolong, bagitau awal-awal dan bagi tempoh masa. Ingat aku ni robot ke apa! Macamlah aku ni tak ada kerja lain yang hendak dibuat. Akhirnya siap juga sembilan halaman tugasan dalam bahasa Inggeris yang betul dari segi nahu dan termanya. Sekali tengok jam, jam 4.12 am. Gosh! Tiba-tiba aras geram aku naik balik. Kenapa tak dalam bahasa Perancis? Lagi panjang aku boleh merapu!

Hah! Dunia fantasiku entah ke mana!

Tuesday, July 7, 2009

Menunggu Kematian


Aku sebenarnya menunggu sebuah kematian. Kematian rasa. Kematian harap. Supaya aku mampu bangun semula sebagai insan seputih bayi. Agar dapat kembali memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Seperti semalam. Dan hari-hari sebelum semalam. Agar dapat kembali merasai ketenangan sebuah jiwa. Ya, hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perkara yang sia-sia, seperti ini! ;)

Baru-baru ini seorang teman memberikan aku secebis puisi ini…

Lepaskan kumbang itu merdeka,
Berterbangan dengan teman cinta hatinya,
Jangan lagukan irama apa juga:
Kelak sumbang langkahnya,
Dan 'kan menjadi sebab;
Sampai tujuh turunan disebut sebut orang.
Tunduklah pada nasib tanpa dendam,
Menjalani riwayat "arang habis, besi binasa,
Tukang besi penat percuma."


To be truthful honest, my dear friend, I did! I’d tried to let him go. So many times that I lost count. It’s so painful to have your love unreturned. Plus, you knew there’s other party involved, who is much, much more better than you are in many aspects, hence she’s the first. I knew. And it’s hurts. Badly.

Have you ever cried so hard for no particular reason, just because you missed someone so bad? To someone who didn’t feel the same way you did? I know its sound so pathetic, but I can’t control the matter of my own heart! I’d tried my damnest to get rid of this feeling towards him all this time, but it become stronger and stronger! What should I do? I even begging Him to cease this feeling inside me and to move forward! I want to let it go, so that I can carry on with my life. I just want to live in peace!

Aku tidak mudah
menzahirkan rasa atau ungkapan cinta
kerana telah begitu sifatku
tapi, segala peristiwa
masa lalu dan masa kini
yang kita kongsi dan lalui bersama
sarinya mengaliri
tiap deru nafas dan alir darah
bersatu dengan rasa
berpadu dengan kalbu
dan masa depan yang tidak menentu
membuatku keliru dan sangsi.


Aku cuma mahukan kepastian. Tentang siapa sebenarnya diri ini dalam hidupmu. Sebagaimana yang pernah kukatakan sebelumnya, aku tidak kisah untuk sekadar menjadi seorang sahabat, jika tidak lebih daripada itu. Dan aku pasti, aku mampu menjadi sabahat terbaik yang mampu berkongsi pahit dan manis hidup ini. Jika itu mahumu dan itu juga akan menjadi takdirku. Namun, ketidakpastian dan teka teki ini amat merimaskan. Dan aku lemas dalam kebarangkalian dan tanda tanya.

Memang alangkah bermaknanya hidup ini kalau langkah kita seiring, fikiran kita selari dan mimpi kita serupa, tetapi ia bukan di tangan kita. Itu kerja dan kuasaNya. Aku faham dan redha. Namun, kita juga perlu berusaha ke arah itu.

Terutamanya bagi mereka yang bergelar adam yang sememangnya dijadikan menjadi penghulu alam. Ilahi telah mengurniakan adam dengan 9 akal dan 1 nafsu berbanding dengan hawa, 9 nafsu dan 1 akal. Dan sepatutnya mereka menggunakan kelebihan maha hebat itu untuk lebih kuat dan tegar melawan godaan dan duga 1 nafsu tersebut. Bukannya membiarkan kuasa minoriti itu menguasai akal!

Jika itu berlaku, apa lebihnya adam sehingga hawa terpaksa memimpin jalan? Sia-sialah saja anugerah sebagai adam. Adakah terlalu banyak pilihan dalam hidup sehingga tidak tetap pada yang satu? Terlalu sukarkah membuat keputusan?

Aku sudah penat. Sudah terlalu lelah dalam kembara sebuah harap dan impi. Segalanya samar-samar, dekat untuk kusentuh tetapi terlalu jauh dari jangkauan. Tuhan, apakah hikmahMu? Entahlah, terkadang aku menjadi terlalu penat dengan hidup!

Seminggu Lalu...

Salam di angin lalu…


Beberapa perkara besar berlaku dalam perjalanan hidupku sepanjang minggu lalu. Ia terasa amat lama dan bermakna sekali. Semuanya mengenai soal hati. Kisah duniawi. Erti dan pengalaman hidup yang dapat kukutip sebagai panduan pengajaran dalam masa seminggu ini melebihi apa yang telah aku pelajari lebih dua dekad aku menghirup udara di bumi Tuhan ini. Mungkin ia perkara biasa bagi orang lain, bagiku juga sebenarnya, tapi aku melihatnya daripada perspektif yang lain minggu ini.

1. Kota kata
Masa terlalu pantas. Aku serasa tidak cukup masa untuk melakukan apa yang seharusnya kuselesaikan minggu ini. Rasa bersalah menghantui tetapi aku tidak cukup daya dan kudrat untuk menunaikan tugasan tersebut di samping tuntutan kerjaya yang tidak menentu. Kepada yang mengerti, maaf, teman! Akan ku cuba bereskan sehabis segera mungkin. Mungkin minggu ini. As u know me, I do keep my promises! Again, sorry for the delays…

2. Hati wanita!
Awal minggu lepas, suatu petang, apabila pulang ke rumah, aku terkejut besar apabila melihat anak buahku menangis teresak-esak sampai bengkak mata. E tidak pernah kulihat menangis seteruk itu. Tanpa kutanya, dia cakap dia nak mintak ‘break’ malam ni. Tambah aku terkejut! Kutanya kenapa tiba-tiba sahaja. Dia cakap, dia sudah tidak tahan. Dan berlalu meninggalkanku untuk keluar dengan janji untuk menyambung bicara.

Lewat malam, kami memulakan sesi bicara. Sekotak tisu Premier yang baru kubuka dan kuunjurkan pada E dalam diam. Sambil sesekali mengesat air mata, E memberitahu bahawa dia sudah penat dengan hubungannya dengan A. Aku tahu mereka baru berbaik semula awal bulan lalu setelah ‘perpisahan sementara‘ dahulu. Kenapa tiba-tiba buat keputusan begitu? E akhirnya berterus-terang. Selama ini memang dia sayang pada A tapi dia tak mahu terus ditipu. Lelaki hanya pandai berjanji tapi bila dituntut bukti, bermacam alasan diberi. Dan bila diuji dengan godaan, mereka mudah goyah.

E dan A bertemu pada ketika masing-masing ‘kekosongan’. Lalu bertambah akrab apabila menemui persamaan masing-masing, lalu berjanji setia. Namun, selepas sahaja akujanji, A mula berubah. Dan E mengesani perubahan itu walaupun disangkal oleh E sehingga membawa kepada ‘perpisahan sementara’ antara mereka. Masa berlalu, tidak lama kemudian, A kembali memujuk E setelah menyedari ketiadaan E membuatkan hidupnya kian tidak terurus. Oleh kerana rasa sayang masih menebal, E menerima A kembali.

Namun, naluri seorang perempuan memang kuat. Dan selepas konfrantasi tadi, akhirnya A mengakui kata-kata E. Rupanya, pada masa dia bersama anak buahku ini, A juga menaruh perasaan kepada orang lain. Tetapi perhatian dan layanan E yang baik dan melengkapi hidupnya membuatkan dia tidak mahu melepaskan E, tetapi pada masa yang sama masih cari yang lain. Ini yang E rasa selama mereka bersama. Dan akhirnya, E ambil keputusan untuk kembali solo.

Tak guna untuk berharap pada lelaki yang hanya tau berjanji, di depan baik amat, namun kesetiaan entah ke mana. Entahlah, apa yang lelaki hendak dalam hidup sebenarnya? Walaupun sedih dan kecewa, E nekad untuk putuskan hubungan. Biarlah dia menunggu lelaki yang betul-betul serius, bukannya hanya main-main, sekadar menghabiskan waktu. E sanggup menunggu sesorang, asalkan dia tahu hati lelaki itu miliknya dan setia. Walaupun masih muda, aku tahu E tidak bertindak tanpa berfikir dalam.

Dan dalam diam, aku kagum dengan keputusan E. Macam yang E cakap, “Men are like toilet. The goods one were taken, the rest of then are full of shit!” Bila difikirkan balik, ada juga kebenarannya. You are absolutely right, dear. Entah ke mana pupusnya lelaki yang baik-baik, ya? Way to go, girl!

3. Perempuan dan godaan
Selasa lepas, bertemu kawan lama. A, kawan seuniversiti. Dia memang suka sangat mengenakan aku, tambahan pula dengan statusku yang masih solo sedangkan anak dia nak masuk dua. Dia bising, mengutuk perempuan. Apahal? Dia cakap, adalah seorang dua perempuan yang asyik ‘mengejar’ dia. Puas dia bagitahu yang dia family man, tapi mereka masih tak serik-serik! Aku gelak besar. Nak kata kawan aku ni handsome, aku rasa aku boleh nampak anak tekak dari celah-celah gigi kapak dia. Nak kata, smart, dressing dia hancuss! Sampai sekarang aku kutuk dia pasal dressing dia, hahaha! Nak kata kaya, alah…kerja gomen, berapa la sangat gajinya! (aku tahu la, sebab aku pun pernah kerja gomen :)) Pakai pun Wira je. Jawatan pun taklah tinggi sangat!

A sempat lagi suruh aku buat macam tu. Cuba pikat lelaki. Tengok kamu yang cantik, berpelajaran, peramah, manis dan cute, pasti dapat punya! Sempat lagi A berseloka. A, ingat aku ni apa, hah? Nak kena penampar aku mamat ni. Tapi perkara ini membuatkan aku berfikir dalam tawa. Ada juga perempuan yang sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan lelaki ya! Zaman dah terbalik, ek! Atau aku saja yang ketinggalan LRT?

4. Lelaki dan hasad
Awal dan pertengahan minggu, aku ke pejabat. Menguruskan hal-hal rutin. Tak disangka, abang aku merangkap business partner, tiba-tiba sahaja pitam di sudut kerjanya. Aku panik sekejap. Tetapi dia segera sedar dan aku suruh dia berehat di pejabatku. Mungkin dia penat atau stress. Buatkannya minuman dan sedikit biskut. Kami berbual dan berbincang.

Dia dapat rasakan ada perkara buruk. Macam ada yang mengirimkan santau atau sihir. Sejak kebelakangan ini, badannya seram sejuk. Setiap kali mengambil berus lukisan, ingin berkarya, tanggannya akan menggigil. Dan bila mahu membuat dokumen, dia tak nampak tulisan di skrin komputer. Dan dia selalu rasa panas walaupun pendingin hawa berada pada tahap rendah sehingga aku terpaksa memakai stoking di pejabat. Sejak akhir-akhir ini, aku jarang ke pejabat kerana ada kerja-kerja kreatif yang perlu kusiapkan di rumah. Lagipun tiada perkara penting yang memerlukan aku berada di pejabat.

Kami berdua sama-sama mengeluh. Beginikah sikap orang kita yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain? Baru sahaja kai ingin menuai hasil penat lelah sejak 3,4 tahun lalu, ini pula yang terjadi. Sedih aku! Nampaknya kami terpaksa bersabar lagi! Tak disangka-sangka, dia muntah darah. Habis terkena baju dan tudung. Aku tak risaukan sangat pasal itu kerana memang aku ada spare di pejabat. Tapi apa yang aku hairankan, ia berlaku dua kali. Hari ini sahaja!

Jadi, aku suruh dia pulang berubat di kampung. Dan aku menguruskan pejabat dan menghadiri majlis-majlis rasmi. Banyak juga. Sampaikan aku agak sesak nafas dibuatnya. Tapi, itu sudah tanggungjawab. Susah juga ya! Dan baru-baru ini, emakku menelefon, menyuruhku turut berjaga-jaga. Aikk, ada juga yang dengki denganku? Apa yang aku ada sehingga ada yang tak puas hati ni? Aduhai!!!

4. Aku dan diriku
Minggu lepas sibuk. Amat. Sehingga hampir terabai kesihatan. Terpaksa mengejar sisa waktu demi melunaskan hajat dan impian. Hujung minggu menjadi kemuncak. Ada uji dan rencana penting. Dalam kesibukan, jauh disudut hati, alangkah nyamannya hati andai ada suara dari kejauhan mengucapkan selamat atau sekadar membalas perkhabaran. Terlalu sibuk atau penatkah dia sampaikan terlupa bahawa aku mempunyai agenda/misi penting? Mahal sangatkah harga sebuah sms untuk sebuah persahabatan? Itukah cara seorang sahabat?

Dan hujung minggu sungguh mencabar. Akal dan fizikal. Aku pulang menjelang maghrib ke rumah, membawa badan yang penat dan ada lebam. Memang sah, dugaanku, bahawa aku akan sengal-sengal badan. Sehingga ke hari ini. Aduh, agak menyeksakan!

Aku ingat aku dah bersedia. Intelektual: Ya. Aku tidak bermasalah tentang ini. Datanglah apa topik untuk perbincangan, aku boleh memberi komen. Fizikal: Ya. Setiap hari, rutinku adalah senaman ringkas untuk stamina dan kesihatan. Namun, tekan tubi 100 kali, speed running, senamrobik, lompat katak 50 kali dan beberapa bentuk training lain selama 2 jam hampir membuatkan aku give up! Penat yang amat. Tapi masih aku mampu bertahan. Nampaknya, aku sudah semakin tua, rupanya! ;)

p/s: Tapi, ada dia bertanya khabar?

Friday, July 3, 2009

KUNTUM RINDU

Jangan kau untai kuntum-kuntum rindu
menjadi jambangan cinta wahid
andai yang cuba digubah
hanya kelopak-kelopak luka seri
kau kutip di sipi kali kontang
nanti kirana gugusan kasihnya pudar
dilupai zaman.

Jangan kau jalin benang-benang harapan
menjadi tenunan impian
andai yang cuba disulam
hanya manik-manik kenangan
sirna di pojok mimpi gerhana
nanti sulamannya kehilangan seni
bahkan mengundang cerca.

Jangan kau gabung bait-bait kecewa
menjadi rangkap puisi tanpa ritma
andai yang cuba disampaikan
hanya secebis nota duka
dan sepotong rasa palsu
nanti iramanya kian sumbang
di ruang tak terbatas.

Jangan kau buat apa-apa
menjadi sesuatu yang sia-sia
andai yang cuba dizahirkan
hanya luahan rasa
hampa.


Bicara Tanpa Suara

Wednesday, July 1, 2009

Hari hari ini...

Hari-hari ini
aku masih setia memintal hayat
menatap tiap sesuatu yang berubah
daun dan ranting kekeringan gugur
menanti waktu
dalam kesementaraan

Penumpang hayat hari-hari ini
meminjam sedikit restu
sepasang mata dan telinga
sekeping hati dan sebuah perasaan
demi menjalin nikmat dan bakti
dalam jeda nafas dan kudrat
mengumpul ingin dan harap
hari depan

Entah kenapa tiba-tiba
aku terhenti dari suatu ketenangan
ada resah melanda hati
dan jasad kelemasan
dikepung rindu bertalu
dari jarak dan ruang
terbatas oleh waktu

Mungkin sudah begini suratannya
aku mengenalimu
di suatu peralihan masa
menemukan kita sebuah persamaan
dan kita akas memupuk impi

Tanpa sedar
kita terbelit oleh kebetulan
bila kau sendiri dalam dilema
antara kebahagiaan orang lain
dan keinginan hati sendiri
dan kehadiranku sesingkat ini
menambahkan kesukaran pilihan

Andai aku tahu dari mula
bahawa dia masih membayangimu
biarlah kita hanya bermula
sekadar sahabat atau teman
daripada aku jatuh tanpa rela
dalam perjuangan samar-samar
yang belum tentu untukku

Namun buat hari-hari sementara ini
biarlah kau sendiri mencari
jawapan dan arah
dan aku kembali mengutip
serpihan diri yang terluruh
di kaki waktu

Dan hari-hari ini
aku seharusnya lebih menghargai
pengalaman dan kesempatan
dan meneruskan perjalanan
dengan keterbukaan akal
hidup ini sebenarnya misteri
berteka-teki dengan realiti
segalanya belum pasti
dalam kesementaraan ini.


p/s: haruskah?

Friday, June 26, 2009

Ceritera 1

SANG


I
Kealpaan yang menyenangkan!

Sang Aku tersenyum. Sungking senyumnya kecil sahaja. Sang Dia dan Sang Mereka terpingkel-pingkel ketawa, ternoda dicumbui jenaka nerocus Sang Utama. Sang Aku kian terpaku di pusat dewan, akrab menjaring elusan lesir angin yang menerobos nakal dari pendingin hawa berposisi betul-betul di atas kepalanya. Minda Sang Aku tidak sebulat tumpunya di dewan itu. Sang Dia di sebelah menyedarinya dalam kesesakan hilai ketawa. Cukuplah aku mampu mengheretnya ke dewan ini, bisik nyali Sang Dia.

Sang Utama masih berucap di pentas perdana. Namun, bagi Sang Aku, kata-kata Sang Utama kedengaran begitu nyeri dan ngilu. Sang Aku seakan-akan melihat Sang Utama kembali menghafal segenap langkah selingkuhnya. Tentang kemanisan sebuah perjuangan. Tentang kewalahan taming penanya. Tentang …

Dewan kembali hangat dengan hawa ketawa Sang Dia dan Sang Mereka sekaligus mencacatkan indera rasa Sang Aku. Kini Sang Aku turut sama ketawa. Kecil sahaja tetapi besar maknanya buat Sang Dia. Sang Dia terkesima. Alun ketawa Sang Aku bak terpa-terpa irama dari daerah perbukitan. Nyaman dan lujeng. Itulah ketawa pertama Sang Aku setelah hampir seminggu di dewan ini.

Sang Aku kembali sepi di ruang lampus. Batok kepalanya tersayat tujuh; merewak jauh melepasi dinding putih dewan lalu bercengkarawung di marcapada. Sang Aku terkenang sepi seorang ibu di desa, tunggal tanpa teman. Sang Aku terpandang timbunan lakaran plan separuh siap di tempat kerja. Sang Aku terisi dengan banyaknya beban tanpa rupa yang memagar dirinya. Benarlah kata pujangga, tidak ada manusia yang benar-benar merdeka. Ahh….

Sang Dia menepuk bahu Sang Aku.

‘Apa yang kau fikirkan?’
‘Kehidupan.’
‘Maksudmu?’
‘Kau tengok si penceramah di hadapan. Begitu asyik berceloteh. Pernahkah kau terfikir betapa beratnya beban di pundaknya menjadi penulis terkenal? Bukankah dia juga sama merasa susah payahnya menjadi seorang manusia seperti kita tetapi masih sempat bergelak ketawa bersama kita di sini.’
‘Maksudmu, dia…’
‘Maksudku, kita perlu mengambil pati iktibar daripada beliau. Bukan seperti mereka yang hanya banyak ketawa tetapi sedikit berfikir. Tentang payahnya menjadi manusia. Apatah lagi menjadi penulis terkenal seperti penceramah itu.’
Sang Dia terdiam dua bentar. Benar, dia dan Sang Aku memang mengenali kebanyakan insan yang bernama Sang Mereka, warga sementara dewan ini. Memang arif dengan sikap Sang Mereka, hanya hangat di permukaan tetapi beku di dasar.

Sang Dia turut menemani diam Sang Aku. Mereka hanyut di laut fikir.

II
“Kembalilah!”

Sang Aku tersentak. Dia membelingas tiba-tiba, mengamati dan cuba mencari asal suara parau tanpa undang yang menembus ke copeng telinga. Tiada apa-apa. Tiada siapa-siapa. Hanya dia seorang yang masih bertamu di situ. Sang Aku merenung ufuk. Matahari sedang ghurup, menandakan kematian siang. Malam akan lahir dan bertamu. Seperti semalam. Seperti kelmarin. Dan seperti hari-hari sebelum kelmarin.

Nyali Sang Aku terasa membengkak. Sarat dengan kenihilan. Dia menghela nafas luklui, dalam dan tenang. Sang Aku berusaha menyantaikan kembali batok kepalanya yang terganggu dan diganggu oleh suara ghaib tanpa jasad tanpa usul itu. Sang Aku memusingkan badan, 180 darjah, membelakangi kegawung senja yang telah hilang sari keindahannya dan melimpahkan pandangan pada astaka kecil yang tersergam di hadapan.
Mandala di Old Town Plaza ini bermandian gemerlap cahaya lilin pancaran palong-palong uniform yang teratur letaknya. Keseragaman yang menyenangkan.

Sang Aku melihat ada semburat-semburat halus muncul dari kilauan bening kandil-kandil putih itu, lalu tanpa skeptis nakal bersenda dengan pilir-pilir pawana dingin sore itu. Dingin yang hangat. Sang Aku tersenyum kecil. Mindanya terimbas pada tamsilan kilauan tersebut. Dia melihat babak-babak riang kanak-kanak bergelandangan di syurga seperti yang dipercayai turun-temurun oleh masyarakat variasi etnik di bumi New Mexico ini. Dia melihat betapa gembiranya mereka berlari-larian di taman indah. Berkejar-kejaran antara satu sama lain tanpa mengenal ras dan warna kulit.

Alangkah!

Sang Aku terpesona sebenarnya. Setiap kilauan kandil adalah tamsilan roh kanak-kanak yang terkorban akibat kebobrokan manusia berjiwa ajajil semasa Perang Salib. Roh-roh ini dikatakan masih putih dari sebarang palitan dosa. Sang Aku begitu afsun dengan adat resam penduduk asal kota lama Albuquerque, New Mexico ini. Ahh…baru yang bukan lagi baru, detak nerocusnya dalam hati.

Sungging senyumnya melebar.

Keafsunan ini lahir daripada amalan tradisi menghidupkan sebam astaka ini dengan ribuan pijar kandil saban tahun menjelang Christmas Eve tanpa jemu. Rutin beriring kepercayaan dogmatis bahawa setiap roh aulia kecil ini akan mengawal keamanan jagat raya begitu mencuit indera fikirnya. Sang Aku hening seketika di ruang bening.

“Kembalilah!”

III
Hujan tiba-tiba mencurah turun. Kali itu serentak beriak. Airnya mengelegak. Tenangnya terganggu. Teratai di dadanya kebasahan. Semacam ada ghairah bila hujan tiba-tiba mampir ke daerah kecilnya. Semacam pesona. Semacam ada ....

Sang Dia terus bertumpu pandang pada kali kecil di depannya. Jasadnya kering dan selamat dari basahan air jernih dari langit, diteduhi wakaf kecil yang terletak di pojok hulu taman rumah agamnya. Matanya asyik dengan liukan tarian dedaun ditimpa rintik-rintik hujan. Nyaman dan harmonis.

Sang Dia tiba-tiba tersenyum. Mindanya tanpa sedar terarah pada Sang Aku. Tentang kembara Sang Aku ke tanah mantan penjajah bumi mereka. Baru semalam dia menerima khabar gembira; Sang Aku akan kembali! Ya, kembali ke tanah asal setelah hampir satu dekad berkelana ke sana. Entah apa yang dicarinya, Sang Dia pun angkat bahu. Pening memikirkan laku Sang Aku. Ada kalanya senang ditafsir tetapi ada kebanyakan kalanya amat ruwet dan menghampakan. Ahh....

Sang Dia terkenang kali akhir dia bersama Sang Aku. Ya, lewat satu dekad lalu.
Di pertemuan penulis di hujung kota. Dia yang mengheret Sang Aku selama hampir sepuluh hari berkampung di situ. Di samping menemani dirinya yang masih mentah dalam dunia penulisan ketika itu, dia juga menolong Sang Aku bangkit semula menjadi dirinya. Setelah hampir tewas ditimpa kecewa hidup. Menjadi paksi Sang Aku berpijak semula ke tanah realiti setelah agak lama terawang-awang mencari makna sebuah realiti.

Mereka berpisah arah selepas itu. Kehilangan ibu tercinta ekoran tekanan aib oleh bakal menantu tiga hari sebelum ijab dan kabul memberikan tamparan yang bukan sedikit pada Sang Aku. Usah diceritakan tentang riuhnya mulut orang kampung dan teman sepejabat. Fitnah dan nista bagaikan hujan musim tengkujuh. Sang Aku memilih untuk berkelana ke bumi penjajah Portugis dan benua seperjalanannya. Meninggalkan dunia dan kerjaya selesanya di kota ini. Memilih untuk menjadi gelandangan daripada menjadi orang benar dunia seni bina tempatan. Katanya, cuba mencari erti dan ghairah hidup yang telah terhakis di bumi tumpah darahnya sendiri.

Sang Dia merestui dalam keterpaksaan seorang sahabat. Diiringi dengan janji untuk terus berukhuwah walau jarak kian menjauh.

Sang Dia berdikit mengukir nama di bidang seni penulisan sehingga kebolehannya dinobatkan media massa sebagai pengganti Sang Utama yang kini sudah uzur dan renta. Sang Dia kini menduduki kerusi yang ditinggalkan Sang Utama, berkelana dari satu pertemuan dan perkampungan, mencurahkan pati ilmu dan nasihat kepada generasi terkemudian. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Sang Utama dahulu. Dan mereka yang sebelumnya terdahulu.

Rembang petang mulai terbentang, memancarkan cahayanya di celah-celah ranting pohonan yang mengelilingi wakaf sepi Sang Dia. Senja masih basah. Gerimis berkilauan memantulkan urna keemasan. Bukit kelihatan berbalam-balam disurami warna jingga mentari.

Sang Dia tersenyum sendiri. Untuk kedua kalinya jeda itu.

IV
Wajah malam berseri dikerdip bintang-bintang yang berkilauan di dada langit. Bulan tersenyum girang, melebarkan sinarnya di persada buana, mengusir kesuraman malam. Bayu malam berbisik lembut. Malam ini indah. Malam ini tenang.

Sang Aku memandang Sang Dia. Alam bisu. Wakaf kecil di pojok taman bermandi cahaya kalimantang di bumbungnya. Sang Dia mengekang bicara, membiarkan Sang Aku dalam sepi. Kopi di cangkir kian susut.

”Hidup adalah sebuah pulau di samudera kesendirian, sebuah pulau yang digoncang harapan, yang berpohonkan mimpi-mimpi, berbunga kesunyian dan bersungaikan kehausan. Hidupku, wahai sahabat, umpama sebuah pulau yang terpisah daripada daratan dan pulau-pulau lain. Tidak kira betapa jauh aku hanyut, betapa ramai manusia yang kutemui, aku tetap pulau yang terpinggir. Terasing dalam kesunyian. Semakin jauh aku membuang diriku, semakin dekat aku dengannya.”

”Aku terlalu menurut kata hati. Tanpa kusedar, suara hati itu rupanya hakim yang lemah. Kelemahan itu meninggalkan ketidakberdayaan untuk menjalankan keputusannya. Akhirnya aku sedar. Kebenaran dan ketenangan yang hakiki lagi mulia rupanya melebihi satu kehidupan. Dan aku memilih untuk kembali menjadi diriku dengan acuanku sendiri di tempatku sendiri.

”Selamat kembali, sahabat!”

Thursday, June 25, 2009

Sebuah Pengertian


pada permukaan
hidup ini terlalu biasa
hingga kita tidak menemui apa-apa
tetapi ada ketika-ketika
apabila kita terjatuh di dalam pergulatan
dan tenggelam di dalam kelemasan
ada sesuatu kita temui
seperti petang-petang di pantai ini
ketika masih merahnya mentari
dan kelam menanti
keenganan menarik-narik diri
ketentuan mengheret-heret pergi
akhirnya semuanya terjatuh
bersama tenggelamnya
mentari
dan kehidupan
adalah rentapan antara
ketentuan dan kemahuan

TIME

TIME

What is time? Some says time is a great healer. Some says it is a test. The test of time is to capture the essence of life in its embraces. Time is the father of truth, and the experience is the mother of all things.

Grand Master Oogway in Kung Fu Panda once say, ‘Don’t be too concerned with what was and what will be. Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called present.’ Likewise as Captain Jean-Luc Picard’s opinion about it. Time is a companion that goes with us on a journey. It reminds us to cherish each moment, because it will never come again. What we leave behind is not as important as how we have lived.

Righto!

The past is gone. It’s done! But it’s a good hiding place; it’s always there, waiting for us to pick up where we left off and know that nothing’s changed since the last time. We don’t have to share it in order to enjoy its beauty or to doom in its ugliness.

The present is demands to be shared. There’s an emptiness in walking through each day without footsteps to match yours, and thoughts to match and challenge yours. This is the most important part in time. The essence of it. We need to share it with the ones whose present will enriches our life, who means something in this stretchs of 'today'!

There’s no future. Nobody can guarantee the future. It’s God’s mystery. The best we can do is size up the chances, calculate the risks involved, estimate our ability to deal with them and then make our plan with confidence. When it comes.

Well, to be frank, time is just a word. But what it implied is all that matter. As I wrote before, time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve and too short for those who rejoice. But for those who love, time is eternity. I wish that I could have that kind of eternity. :)

Sessi Conteng-Menconteng











Sebahagian dari foto 'anak-anakku' semasa sessi diorang menggangu kerjaku di galeri pada cuti sekolah yang lalu. Distracting but exciting! No explaination needed. :)




So, Mas....mau join ka?

Wednesday, June 24, 2009

Life Is…

Human life begun from the moment of conception in our mother womb – it is like the genesis metamorphosis and evolution of subject call activated by another in accordance to God’s plan for us, the journey of life with its many encounters, challenges, trial and tribulation will eventually found its ellipses or the recalling by God the Devine Creator. We were born with a specific purpose in life because God has a plan afoot the many faces of life experiments, if the person is able to follow the plan of the Almighty God by our faith. God is lovingly guiding every steps of our life.


Measurement of life is like a white inked pen with a white blanked paper. The story is written but you don’t know where the come or fullstop is or whether it’s a paragraph or just a line. It also likes a taxi. The meter just keep ticking whether you are getting somewhere or just standing (or sitting!) still. So, at the end of the day, you have to pay it either you like it or not! On the other hand, it’s a constant battle.

Someone wise once said, ‘Nobody get to live life backward. No matter how great it is. We have to look ahead and go on. No matter how hard it is. Make yourself free to move on. It’s isn’t life that weight us down, it’s the way we carry it. Even though you may want to move forward in your life, you may have one foot on the brakes. In order to be free, we must learn to let go. Release the hurt. Unleashed the fear. Refuse to entertain the old pains. The energy it takes to hang onto the past is holding you back from a new life.’

I do agree. That’s what I’m trying to achieve. To hear the birds singing. To smell the falling leaves. To witness the purity of the earth after the rain. To taste the sweetness of dewdrops. To work. To play. To love and be loved (I wish!). When you were born, you cried and the world rejoiced. Live your life. So that when you die, the world cries and you rejoice.

So, I want to live my life. I will not die an unlived life. The essence of life is finding something you really love and then making the daily experience worthwhile. This kind of dedicated life is the life worth living for. I just want to live a contented life. To live content with small means; to seek elegance rather than luxury; and refinement rather than fashion; to be worthy, not respectable; and wealthy, not rich; to study, think quietly, talk gently, act frankly; to listen to stars and birds, to babes and sages, with open heart, to bear all cheerfully, do all bravely, await occasion, hurry never. In a word, to let spiritual, unbidden and unconscious grow up through the common. I do the best I know how, the very best I can and I mean to keep on doing it to the end.

If the end brings me out all right, what is said against me will not amount to anything. If the end brings me out wrong, even ten angels swearing that I was right would make no difference.

Amin.

Tuesday, June 23, 2009

5


Adakalanya dalam memiliki cinta dan kebahagiaan kita cuma mampu berfantasi di alam realiti. Sering kita menumpang bahagia di dahan nan rapuh, menagih kasih di angin lalu, meneguk sayang di laut kering dan merindui cinta di gurun gersang. Namun, siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Ilahi. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui...

Monday, June 22, 2009

Kita Ini Terlalu Banyak Berkata-kata

Kita Ini Terlalu Banyak Berkata-kata


Kita ini terlalu banyak berkata-kata
tentang perkara yang sia-sia
tentang dunia yang entah apa-apa
ternyata semuanya hanya suara-suara
sebagai dosa-dosa percuma

Kita ini terlalu banyak berkata-kata
tentang kuman di seberang maya
sedang gajah putih di dalam jiwa
adalah diri sendiri yang tenggelam
dengan keburukan dan kehinaan
di luar kesedaran iman

Kita ini terlalu banyak berkata-kata
setiap ada peluang terbuka
amalan masa lapang yang terbiasa
dalam mencari hiburan percuma
biar kalau tidak kena gayanya
keranamulut badan binasa

Kita ini terlalu banyak berkata-kata
sekadar hobinya membuka cerita
kekadang darinya semangat membara
namun bersamanya tiada jua apa-apa
yang menyusul menjadi hasilnya
yang dipraktikkan dari teori-teorinya

Kita ini terlalu banyak berkata-kata
kerana itulah kita orang muda
suka membuang masa
bila tidak pernah terasa
segalanya menjadi sia-sia
di penghujung usia


Kredit: Fudzail

Maaf

MAAF

Maaf kerana meminta maaf
dengan hati yang tidak lebih terbuka
bila aku ini sering menjadi pelupa
dengan dosa-dosa kecil
yang terbiasa dari kata-kata
yang tersisa dari gurau senda
atau sengaja bila terpaksa
kelemahanku manusia biasa.

Maaf kerana memberi maaf
dengan tiada kejujuran
kerana aku sering buruk sangka
menyimpan seribu perasaan
dengan satu kesimpulan
perkataan bukan harga kesalahan
yang boleh diganti dengan
semudah bersalaman
semanis ucapan
berpura-pura menyatakan kerelaan

Maaf kerana bermaafan
sekadar adat dan kebiasaan
tidak lebih dari itu
tidak lebih dari itu!


Kredit : Fudzail, Waikato

FRIENDSHIP, LOVE, LIFE AND HAPPINESS

I am nothing special, of this I am sure. I am ordinary little lady with ordinary thoughts and I’ve led an ordinary life. There is always a certain moments when my mind churns and I wonder, ‘What will happen if…’ Sometimes, there’s so many ‘if’ inside my head – makes me crazy with uncertainty.

We cannot tell what may happen to us in the strange medley of life, but we can decide what happens in us. How we take it, what we do with it. And that is what really counts in the end. How we take the raw stuff of life and make it a thing of worth and beauty. That is the test of living.

This reflects my inner self – my thoughts, my visions, my hopes, my feelings and everything. In a word, it represents me. Please don’t be misled, I give you nothing and I expected nothing from you in return. Read it. Understand it. Treasure it. Live it up. That’s all I ask from you.

The best and most beautiful things in this world can not been seen, nor touched, but are felt in the heart. The tragedy of life is not that it ends so soon, but that we wait so long to begin it. Time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve, too short for those who rejoice; but for those who love, time is eternity.

Friendship is never established as an understood relation. It is a miracle, which requires constant proofs. It is an exercise of the purest imagination and of the rarest faith. A friend is someone who has the gift of always giving your heart a lift. Who listen and understands and cares. And has a cheerful thought to share, whose presence brightens up the day. Who does nice things in the warmest way. We won’t always know whose lives we touched and make better for our having cared because actions can sometimes haven’t foreseen ramifications. What’s important is that you do care and you act on it.

Some people go through life trying to find out what the world holds for them, only to find out too late that it’s what they bring to the world that really counts. Or it’s not what the world holds for you, it’s what you bring to it. In helping others, we shall help ourselves, for whatever good we give out completes the circles and come back to us.

We must be steady enough in ourselves, to be open and to let the winds of life blow through us, to be our breath, our inspiration, to breath with them, mobile and soft in the limberness of our bodies, in our agility, as it were to dance, and yet to stand upright.

And someone wise once told me, it’s not foolish to love but it’s just pointless giving all your love to the wrong person. I’d made this mistake once and from that moment on, I prayed so hard not to repeat it. But life is so strange and full of surprises. You come into my live, stay awhile and leave something on my heart and I am never ever the same again.

The biggest obstacle to love is the secret fear of not being worthy of being love. It’s true that we don’t know what we’ve got until we lose it, but it’s also true that we don’t know what we’ve been missing until it arrives. But once again, I found and love another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough.

The event of the past have taught me much about myself and a few universal truths. I learned, for instance, that while wounds can be inflicted easily upon those we love, it’s often much more difficult to heal them. Yet, the process of healing those wounds provided the richest experience of my life. Our desires always disappoint us, for though we meet with something that gives us satisfaction, yet it never thoroughly answers all our expectations. But most of all, I learned that it’s possible for two people to fall in love even there’s been a lifetime of disappointment between them.

REMEMBER: THE BEST RELATIONSHIP IS THE ONE WHERE THE LOVE OF ONE FOR ANOTHER MATTERS MORE THAN THE NEED TO BE WITH EACH OTHER.

The grand essentials to happiness in this life are something to do, something to love and something to hope for. Happiness doesn’t depend on how much you earn to show the loved one, but on how much you appreciate the person with what you’ve got; LOVE.

The love I give away …
… is the only love I keep….

Friday, May 29, 2009

The event of the past have taught me much about myself and a few universal truths. I learned, for instance, that while wounds can be inflicted easily upon those we love, it’s often much more difficult to heal them. Yet, the process of healing those wounds provided the richest experience of my life. But most of all, I learned that it’s possible for two people to fall in love even there’s been a lifetime of disappointment between them.
sesekali
ada masanya
onak kepura-puraan
mencarik kepercayaan
dan kalbu terhiris
ceria diragut sangsi
adakah ini satu duga
atau Dia mengilham kebenaran?
nyata tanpa hijab
walau lidah mengatakan dusta
dan bagaimanakah hati ini
menguntai semula keikhlasan rasa
yang terkoyak dek tajamnya nista?
Tiada saat paling hening
tatkala suria mengalur ke tampuk
dan alam seakan sayu
redup dalam tangis gerimis
lembayung senja basah
namun
sepi itu tidak sendiri
dan gerimis tidak bertepi
walau bayu telah kehilangan deru
dan alam kian pasrah
senja kian sepi
dan aku masih sendiri

Back to nature…

Menjelang senja tadi, semasa merenung ke arah langit kermizi, sambil menanti ketibaan kegawung keemasan seperti kebiasaanku, aku terpandang sekumpulan burung terbang bebas di dada langit. Walaupun dari kejauhan, sayup bunyinya masih mampu menyapa pendengaranku. Pantas kusambar binocular dan meneropong ke arah mereka. Ingin melihat dengan lebih jelas.

Mulanya mereka bertaburan terbang bebas di angkasa. Sedikit rasa cemburu terputik di hati melihat kebebasan mereka. Apakan, daya, azaliku sebagai manusia tidak membenarkan semua itu. Namun setelah seketika, melalui corong teropongku, aku dapati mereka mula membentuk satu formasi seakan-akan bentuk V. Daripada beberapa kumpulan kecil yang terpisah dan terbang bebas, mereka mula berkumpul sebagai satu kumpulan yang besar. Agakku, mungkin mereka sudah penat ‘bermain’ sesama sendiri dan secara telepati, merasakan sudah tiba masa untuk pulang. Lalu bergabung membentuk formasi tersebut.

Pantas mindaku terimbau akan satu rencana di National Geograpic Channel tentang hukum alam tersebut. Oleh kerana hakisan memori akibat pertambahan usia, fakta-fakta saintifiknya tidak mampu kuhuraikan secara menyeluruh. Tapi intinya lebih kurang begini. Sebenarnya burung-burung memerlukan satu sama lain untuk terbang lebih jauh. Pada awalnya, masing-masing boleh bergantung kepada kekuatan sendiri untuk terbang tetapi lama kelamaan, tenaga mereka makin berkurangan. Dengan seekor burung mengetuai ‘penerbangan’, burung-burung lain secara automatic akan mengambil tempat di kiri dan kanan ‘ketua’ burung itu secara sekata sehinggalah bilangan burung pada ‘sayap’ kanak dan kiri seimbang. Dengan ini, mereka dapat menambah momentum untuk terbang lebih jauh dan lebih lama.

Hebatkan hukum alam! Betapa agungnya kuasa Sang Pencipta. Seperti kawanan burung tadi, kita juga sama. Betapa jauh dan lamanya kita ‘terbang’ sendirian, akhirnya kita akan lelah dan memerlukan sokongan untuk terus ‘terbang’. Kita kembali ke lumrah kehidupan bahawa kita tidak mampu untuk terus berkeseorangan di dunia ini. Setiap kita memerlukan pasangan dan teman-teman untuk bergantung harap, berkongsi ria dan gundah serta menyandar semangat untuk kelangsungan sebuah kehidupan.

Dan bila ini berlaku, dengan pasangan atau teman yang memahami, membantu dan setia, kita akan mampu untuk terus ‘terbang’ hingga ke hujung dunia!

Alangkah!

AKU DAN BUKU

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you afterwards it all belongs to you ; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was" - Ernest Hemingway.


Aku gila buku. Aku cinta buku. Aku kasih akan buku. Tanpanya hidupku hilang seri. Hari-hariku terasa kosong kalau tidak bersua. Hidupku seakan kehilangan makna. Dialah peneman paling setia dan akrab di mana sahaja aku berada.

Ruang tamuku penuh buku. Dapurku pun ada buku. Bilikku semestinya perlu buku. Sebelah bantalku, selain daripada kitab suci, sekurang-kurang akan ada tiga buah buku menemani pembaringanku. Dan aku tidak boleh tidur tanpa membaca buku terlebih dahulu. Tak kira sepenat mana atau sesibuk mana. Lenaku turut bersamanya, terkadang menjadi mangsa tubuhku yang ketiadaan roh sementara.

Aku membesar bersama buku. Walaupun asalku dari kampung yang serba kekurangan, sejak aku mula tahu mengeja dan membaca seawal usia tiga tahun, aku mula berkawan dengan buku. Mengembara ke alam buku. Aku tidak memilih buku. Malah, kertas surat khabar yang menjadi alas pembungkus makanan pun turut kubaca. Kadang-kadang sehingga dimarahi ibuku kerana ia kubaca semasa makan. Majalah juga tidak terkecuali. Dan kegilaan dan kecintaanku terhadap bahan bacaan terus subur sehingga kini. Tambahan pula kini aku mempunyai sumber kewangan sendiri untuk dibelanjakan terhadapnya.

Sehingga kini, Reader’s Digest, The Malaysian Women’s Weekly dan National Geographic menjadi langganan atau dibeli terus dari kedai buku. Setiap bulan, aku pasti menjadi pengunjung setia took buku mencari judul-judul terbaru ataupun sekadar melengkapi koleksi para penulis yang kuminati. Pernah satu ketika dahulu, ketika ekonomi peribadiku mengizinkan, aku menghabiskan kurang lebih tiga ribu ringgit dalam masa kurang dua jam semata-mata untuk buku! Kronik kan ‘chinta’ku ini! Namun sekarang, aku lebih matang dalam pengurusan kewangan, ‘kegilaan’ ini berjaya dikawal! Tetapi kadang kala terbabas jugak! J

Semuanya istimewa bagiku. Semuanya mempunyai ilmu dan pengajaran tersendiri. Semuanya bermakna bagiku. Semuanya memberi pengalaman berbeza. Melalui buku-buku autobiografi dan motivasi, aku belajar mengutip pengalaman dan semangat serta inspirasi dalam meniti perjalanan hidup. Dalai Lama mengajarku erti semangat dan ketenangan. Tun Mahathir mengenalkan aku erti ketokohan dalam politik dan memahami asal bangsaku. Robert J. Furey, Bomback, S.J. Dresner, Kubler-Ross dan beberapa orang lagi mengajarku erti kemanusiaan dan penerimaan terhadap takdir Tuhan agar lebih kendiri dan kuat serta mampu menjadi pasak kepada orang lain.

Buku-buku akademik tentang atom dan molekul, kalkulus, enzim dan surfaktan, fizik kuantum dan nukleus pernah bersamaku sepanjang proses mencari ilmu. Namun kini minatku lebih terarah kepada fiksyen. Mungkin mindaku sudah tepu bergelumang dalam dunia ilmu sedikit masa lalu dan inginkan dunia nyata yang lebih mengasyikkan!

Dan bila mood romantikku datang, aku berhibernasi dengan Nicholas Sparks, Julie Garwood, Barbara Taylor Bradford, Judith Micheal, Sandra Brown dan Danielle Steel. Apabila aku kesasar dalam diri, aku mencari Luanne Rice, Rosamunde dan Robin Pilcher dan Meave Binchy, untuk mencari makna dan pengertian hidup dalam erti kata sebenar.

Seringkali aku teruja dalam dunia triller, adventure penuh variasi ilmu Matthew Reilly, Dan Brown, James Patterson, Tom Clancy, Robert Ludlum, Ramlee Awang Mursid, Jeffry Archer, John Grisham, Steve Martin, Anthony Horowitz, Charlie Higson, Robert Muchamore, Faisal Tehrani dan ramai lagi penulis berbakat di luar sana. Malah Kate Mosse dan Titania Hardie amat memukauku dengan historical fiction nya yang lancar bergaya dan penuh fakta serta ilmu. Namun kegemaranku adalah hanyut di dunia fantasi penuh magik dan keajaiban J.R. Tolkien, J.K. Rowling, David Eddings, Terry Goodwind, Ahmad Patria Abdullah, Stephen King, Anne Rice dan beberapa penulis fantasi tersohor yang aku lupa namanya.

Tidak lupa juga aku mengasah minda dan mengutip ilmu dan rasa melalui pembacaan S.M. Zakir, Zean Kasturi, Fudzail, Isa Kamari, Abdul Hadi Yusoff, Paulo Coello, A. Samad Said, Aziz Deraman, Anwar Ridhwan, Arenawati, Kahlil Gibran dan Hamka.

Ahh….terlalu ramai penulis yang karyanya menjadi teman hidupku. Tidak semua nama aku paparkan di sini, kerana untuk berbicara tentang kesemuanya, penulis dan bukunya, yang menjadi koleksi peribadi, aku memerlukan ruang dan masa yang panjang.

Buku menjadi satu elemen yang penting dalam hidupku. Selain daripada mencari punca ilmu, ia menjadi sumber hiburan dan escapism daripada hidup yang kurang indah. Menjadi penguat semangat tatkala motivasi diri berada dalam paras bahaya. Seringkali aku lupa diri apabila bersama buku sehinggakan lalai untuk makan dan tidur. Dan selepas menghabiskan sesebuah buku yang bagus, aku diserang perasaan sedih yang teramat sangat kerana terpaksa berpisah dengannya. Apatah lagi karya yang menyentuh rasa. Selalu jugak aku menangis apabila menghabiskan sesebuah buku.

Pada masa yang sama, aku merasa amat puas, mindaku terbuka untuk belajar perkara atau ilmu baru tentang budaya, sejarah serta falsafah hidup melaluinya. Jiwaku seakan-akan berada dalam dunia tersendiri.

Hmmm…berbicara tentang buku sahaja membuatkan aku berasa teruja dan ‘hidup’. Cukuplah dulu tentang ini walaupun aku mampu terus berbicara tanpa henti mengenainya. Tak sabar pula untuk meneruskan kembara ilmu dan jiwa dengan pembacaanku seterusnya.

Jadi, ada yang turut segila aku tentang buku?

Monday, May 18, 2009

Pinta


Di sini aku berdiri
menghitung debur ombak
hari deras berlari
semakin jauh buih dijulang
semakin aku rindu dan syahdu
memikir jalan pulang.

Wahai diri
usah leka lagi
padatkan bekalan
buat dibawa pergi
dengan satu janji padaMu Rabbi
yang aku begitu akur dipinjamkan ke sini
dan akan pulang dengan pasrah
andai sampai waktunya nanti.

Dan
hanya kupohon padamu
berilah sedikit waktu
agar sempat menjalin kudrat
buat membalas sekian banyak
nikmat kebahagiaan buatku
selama aku berteduh
di sini.


Sunday, May 17, 2009

4


Ada kekuatan dalam kebaikan, orang yang baik adalah orang yang kuat kerana dia mampu selalu melakukan yang baik bagi semua orang

Ada kekuatan dalam kelemahlembutan, orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana dia boleh menahan diri untuk tidak membalas dendam.

Ada kekuatan dalam penguasaan diri, orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat kerana dia mampu memngendalikan segala nafsu keduniawian.

Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan, orang yang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan.

Ada kekuatan dalam kemurahan, orang yang murah hati adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah menahan mulut dan tangannya untuk melakukan yang baik bagi sesamanya.

Ada kekuatan dalam kesabaran, orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana dia sanggup menanggung segala sesuatu yang dia tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan dalam kedamaian diri, orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat kerana dia tidak mudah diumbang-ambingkan oleh sesuatu.

Ada kekuatan dalam kesetiaan, orang yang setia adalah orang yang kuat kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesamanya.

Ada kekuatan dalam cinta, orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana dia bisa mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri.

3

The tragedy of life is not that it ends so soon, but that we wait so long to begin it. It’s true that we don’t know what we’ve got until we lose it, but it’s also true that we don’t know what we’ve been missing until it arrives.

2

Kehidupan sebenar terletak kepada kebahagiaan yang kita rasai setelah berduka, kejernihan jiwa setelah sengketa, kasih sayang setelah perbalahan, kejayaan yang dicapai setelah gagal dan harapan yang memenuhi dada kita setelah kita hampir berputus asa untuk hidup.

1




Hidup adalah perjuangan mencari makna. Musuh kita adalah ketiadaan makna dalam hidup. Kita mahu membuktikan sesuatu tetapi hidup ini terlalu singkat untuk membenarkan segalanya.

Love is...


Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sin, but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever comes...


Corinthians, A Walk to Remember

Friday, May 15, 2009


I WANT A DAY OFF!
(So you want a day off. Let's take a look at what you are asking for)

There are 365 days per year available for work. There are 52 weeks per year in which you already have 2 days off per week, leaving 261 days available for work.

Since you spend 16 hours each day away from work, you have used up 170 days, leaving only 91 days available.

You spend 30 minutes each day on coffee break which counts for 23 days each year, leaving only 68 days available.

With a 1 hour lunch each day, you used up another 46 days, leaving only 22 days available for work.

You normally spend 2 days per year on sick leave. This leaves you only 20 days per year available for work.

We are off five holidays per year, so your available working time is down to 15 days.

We generously give 14 days vacation per year which leaves only 1 day available for work and i'll be damned if you are going to take that day off!

p/s: so...still dare to?

Saturday, April 25, 2009

Jangan Salah Dimengerti...

jangan salah dimengerti
bukan aku menagih janji
atau kasih
kerana bukan itu maksudku

jangan salah dimengerti
bukan aku menjaja belas
atau menjual maruah
kerana bukan itu niatku

jangan salah dimengerti
bukan aku membangga diri
atau mudah terbuai rasa
kerana itu bukan tujuanku

aku menulis ini
cuma untuk berkongsi rasa
untuk kita belajar menerima
untuk kita belajar menikmati
untuk kita belajar menyayangi
untuk kita belajar menghargai
sesuatu kurnia dari Dia
bernama perasaan

Tuesday, April 21, 2009

Bila April

April merupakan bulan yang istimewa bagiku. Penuh makna dan rasa. Selain daripada menjadi bulan kelahiranku, banyak peristiwa indah , bersejarah dan sarat emosi berlaku. Dan biasanya, ia bulan yang paling sarat dengan aktiviti dalam alam karierku. Sepanjang hidupku di bawah mentari, setiap tahun yang telah pergi, April sangat bererti!

Satu masa dulu, tidak berapa lama dulu, aku hampir tewas dilambung petaka duga dan takdir Dia yang Maha Menguji. Kewarasanku tergegar. Benteng tabahku retak dan relai satu demi satu. Peristiwa pelbagai warna kelam silih berganti. Ini akan diterangkan kemudian dalam “Hibernasi”, cuma kini apa yang aku ingin katakan adalah pada saat aku hampir hilang semangat dalam kelangsungan hidup, April datang dan memberi nafas untuk kembali senyum. Untuk kembali menapak….

Dan April ini juga turut memberi makna. Ia memyedarkan ‘sesuatu’ untukku. Sesuatu yang telah sekian lama kusangkarkan dalam diam, kuabaikan demi kelangsungan materi dan kembara mencari makna. Dan sebenarnya, secara peribadi, ia merupakan ‘sesuatu’ yang hampir-hampir kuputuskan nadi hayatnya setelah aku redha dengan hakikat diri.

Ku jumpa sebutir bintang di laut langit
Ku jumpa titisan hujan di gurun yang paling gersang
Ku jumpa sebuah senyuman di antara kesedihan kematian
Ku jumpa istana di antara pondok-pondok usang
Ku jumpa sejalur cahaya pada mata buta yang menakutkan
Ku jumpa sekuntum mawar di antara duri yang menghiris
Ku jumpa sehulur tangan ketika terjatuh dari langit tinggi
Dan ku jumpa
dia... di antara pahit dunia yang menyakitkan.

There is always a certain moments when my mind churns and I wonder, ‘What will happen if…’ Sometimes, there’s so many ‘if’ inside my head – makes me crazy with uncertainty. And someone wise once told me, ‘it’s not foolish to love but it’s just pointless giving all your love to the wrong person. I’d made this mistake once and from that moment on, I prayed so hard not to repeat it. But life is so strange and full of surprises.

Ya, ’sesuatu’ itu adalah rasa kurniaan paling berharga dari Ilahi; Cinta dan kasih sayang. Kekuatan untuk mencintai adalah hadiah dari Tuhan yang paling besar kepada manusia, selama cinta tidak pernah peduli akan diambil dari satu kebahagiaan yang dicintaiNya. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk turut mengenali ‘sesuatu’ daripadaNya ini. Sejujurnya, aku tidak mengenali dia sedalam mana, cuma kagum dengan peribadi dan kendirinya yang tersendiri: tenang tapi menyakinkan. Dan tiada apa yang bermula di antara kami, sekadar sebuah perhubungan bernama persahabatan.

Memang dalam hidup ini tiada jaminan yang kekal, namun dalam kesementaraan ini, biarlah kita menghargai apa yang kita ada sebaik mungkin. Aku tidak mengharapkan apa-apa daripada ini, cuma biarlah kita saling dapat merasa bahagia dan tenang sepanjang perhubungan ini. Biarlah segala kelukaan dan pengalaman hidup lebih mendewasakan kita untuk terus bergelar manusia. Aku cuma mengharapkan agar kau redha kepadaku sebagaimana aku redha kepadamu, damai denganku sebagaimana aku damai bersamamu, bahagia bersamaku sebagaimana aku bahagia mengenalimu.

We cannot tell what may happen to us in the strange medley of life, but we can decide what happens in us. How we take it, what we do with it. And that is what really counts in the end. How we take the raw stuff of life and make it a thing of worth and beauty. That is the test of living.

But once again, I found dia, who, I think, he deserve my affection and maybe, love, and to me, this has always been enough.

Monday, April 20, 2009

Kala mentari malu-malu
mengintai wajah siang
aku kesiangan
dalam malam yang singkat
dengan perancangan yang panjang
degup apakah itu?

Desir bayu malam
mesra mengelus alun-alun rerambut anak
dan kita masih di pojok kesamaran
indah penuh pesona
degup apakah itu?

Tiba-tiba
bayu kehilangan seru
sepi mengalangi buana
degup apakah itu?

A New Beginning...

Salam.

Maaf kerana terlalu leka dengan kesibukan dunia sehingga terlupa dengan janji pada diri sendiri untuk mengemaskinikan ruangan ini, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kekurangan diri dan material menjadi alasan. (cliché, right! :))

Sebenarnya terlalu banyak rasa dan peristiwa ingin kuluahkan di sini, namun kesempatan dan keinginan menjadi aral. Bermula awal Januari 2009, azamku untuk mula berkongsi dan sedikit mula sedikit memecahkan benteng malu, segan dan rendah diri dalam diriku.

This little space reflects my inner self – my thoughts, my visions, my hopes, my feelings and everything. In a word, it represents me. Please don’t be misled, I give you nothing and I expected nothing from you in return. I am nothing special, of this I am sure. I am ordinary little lady with ordinary thoughts and I’ve led an ordinary life.

Sebenarnya, tahun baru bagiku bermula daripada detik aku dilahirkan. Jadi, April ini adalah bulan kelahiranku. Maka, wajarlah aku kembali mencoretkan dan memakmurkan kembali azamku untuk kembali menulis dan berkarya. Walaupun hanya seminggu sekali di sini. Bermula dengan ini.

Tuhan, bantulah aku menunaikan janji ini!

Amin.