Wednesday, March 31, 2010

Nasi oh Nasi!

Ada satu perkara yang ingin kukongsikan. Pelik, kelakar tapi benar. Sudah menjadi habit atau entah! Tapi bila kufikir balik, biar betul!

Aku jarang makan nasi di rumah. Jadi, bila ke kedai, aku cuma membeli sekilo atau sekilo setengah beras. Itupun tahan berbulan-bulan. Kecuali jika menerima tetamu, cepatlah habisnya! Apa yang ingin kuceritakan ialah bila aku menanak beras yang terakhir dalam simpanan. Apa yang lucunya, ia mesti hangit! Seperti tadi! Hangit lagi!

Macam tadi. Oleh kerana lama sudah tak makan nasi, aku masuk dapur untuk masak. Untuk makan malam seterusnya bekal untuk sahur dinihari. Memang tabiatku untuk puasa Isnin dan Khamis jika tiada aral. Jadi selepas letak beras atas dapur, aku keluarkan bahan-bahan mentah untuk masak. Tadi, abang ipar ada menghantarkan lauk tempe goreng bercili kesukaanku, baki katering. Jadi, aku cuma mahu buat sayur campur dan tomyam sahaja. Cukuplah.

Oleh kerana aku hanya memerlukan 10 minit untuk buat semua itu, aku fikir lebih baik tunggu nasi masak dulu. Baru masak. Nanti boleh makan lauk panas-panas. Jadi aku kembali sambung kerja editorialku sedari subuh tadi.

Sedang ralit meneliti kamus bahasa Itali, aku tercium bau hangit. Alah, apartmentku bukannya besar sangat pun. Boleh nampak dapur dari bilikku. Asap berkepul-kepul. Apa lagi, aku terus berlari tutup api nasi, letak dua cili kering atas nasi dan tutup periuk. Lepas itu aku gelak sorang-sorang!

Hangit lagi!

Ini daripada pemerhatian aku selama tinggal kesoranganlah. Ia pasti terjadi. Terus aku teringat peristiwa ini. Seingatku, bila aku fikir balik, ia cuma terjadi bila beras tinggal secawan lebih seperti tadi. Sekali tanak. Biasanya cukup untuk dua atau tiga kali makan. Dulu, jika ini terjadi nasi yang tinggal cukup untuk sekali dua makan sahaja. Tapi, kali ini nampak gayanya, cukup untuk sekali saja. Lepas itu, aku terpaksa rendam periuk lagi. Esok baru basuh dan kena sental kuat-kuat.

Aduhai! Ini belum cerita bau hangit yang menerawang seisi rumah. Entahlah, apa jiran-jiran fikir. Pasti diorang gelak atau kutuk aku, kot!

Entahlah, pelik tapi benar. Kalau aku masak bila beras masih banyak, nasi tak pernah hangit pula. Tadi, bila tengok beras tinggal baki, terdetik dalam hati. Jangan hangit lagi, sudah. Tapi, jadi juga! Apa boleh buat! Setiap kali beras tinggal cukup untuk sekali tanak, pasti aku leka berkerja, membaca atau pun masuk ‘bilik kecil’. Dan nasi pasti hangit!

Kelakar, kan!

Editor dan Editorial I : Mutu dan Kualiti


Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 – 28 Mac lepas masih menghantui. Walaupun kuantiti dan kualiti buku-buku kita menunjukkan peningkatan, tetapi kukira, masih tidak begitu dapat dibanggakan. Fokusku kepada karya kreatif. Aku sedar aku bukanlah orang yang begitu arif untuk membicarakan hal ini. Cuma, latar belakang kerjaya, penglibatan langsung dan minat mendalam bidang ini membuatkan aku sedih dan terkilan. Lantaran itu aku terpanggil untuk bersuara. Walaupun dalam ruangan peribadiku sahaja. Namun, cukuplah, jika ada segelintir yang terkesan dengannya.

Sudah menjadi semacam trend bagi penerbit untuk menggunakan khidmat penyunting sambilan selain daripada khidmat para editor tetap mereka. Bagus. Cuma apa yang kurang bagusnya, tidak semua yang kurasakan layak untuk itu. Dan hasilnya, boleh dinilai sendiri oleh khalayak pembaca.

Dan sebetulnya aku agak terkilan dengan beberapa syarikat penerbitan swasta negara kita yang tidak begitu serius tentang mutu dan kualiti editorial buku-buku terbitannya. Kesempatan membelek buku-buku kreatif secara rambang pada pesta buku lalu membuktikan andaianku benar. Membelek halaman awal sahaja sudah tahu. Banyak kesalahan dan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Malah ada ketikanya mematikan hasratku untuk memiliki buku tersebut.

Tugas editor sangat berat sebenarnya. Dan pelbagai. Bukan semua orang boleh menjadi editor. Sekadar tahu makna perkataan, membetulkan kesalahan ejaan atau pemerenggan dan sedikit ilmu bahasa belum layak digelar editor. Sekadar pembaca pruf, mungkin. Aku sendiri terkadang merasa takut untuk menyunting. Walaupun ada ilmu dan pengalaman, tetapi masih merasa tidak cukup bagus. Lebih-lebih lagi apabila menyunting karya penulis baru. Kalau ikutkan fikiran, mahu saja dirombak kembali ceritanya agar lebih kemas, padat dan menarik tanpa berkrompromi tentang gaya penulisannya.

Aku tidak nafikan akan faktor dalaman yang membuatkan mereka mengambil tindakan sebegitu. Manuskrip yang melebihi tenaga kerja, faktor masa, kos, bajet dan sebagainya. Bagiku, adalah lebih elok mengeluarkan sedikit belanja menghantar editor syarikat mendalami selok belok ilmu penerbitan. Ini akan membantu mereka dalam kualiti kerja seterusnya mengharumkan nama syarikat itu sendiri.

Teringat sewaktu dulu, tatkala bertugas di sebuah penerbit nasional negara. Walaupun tidak lama, ilmu dan pengalaman berharga yang sempat kukutip amat berharga. Walaupun banyak kritikan negatif mengenainya; manuskrip terperap, buku susah diperolehi dan sebagainya, namun tidak semuanya berasas. Aku tidak mahu memanjangkan isu-isu itu, cuma fokusku adalah sidang editor dan editorialnya. Ya, kuakui, tidak semuanya bagus dan betul-betul jujur dan ikhlas menjalankan tugas sebagai editor. Bagiku, ia bertitik-tolakkan kehendak, minat, kesungguhan dan keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab.

Awal-awal memulakan kerjaya sebagai penyunting, kami diberi kursus dan latihan asas menguatkan bahasa dan kemahiran. Ia sangat berguna kepadaku yang berpendidikan kepada ilmu sains dan teknologi. Aku mula menulis seawal usia 9 tahun. Dan masih giat sehingga sekarang walaupun ada pasang surutnya. Oleh itu, minat dan keinginanku terhadap bahasa dan naratif membantuku ‘menangkap’ inti kursus dan seminar penyuntingan ini sekaligus memperkaya khazanah ilmu

Menyedari kekurangan diri, aku mendampingi beberapa ‘kakak dan abang’ di sana. Seusai waktu pejabat, kuhabiskan masa ‘melepak’ di tempat mereka. Melihat mereka bekerja dan bertanya itu ini. Walaupun ada rakan yang kurang senang dan menabur fitnah, aku tidak peduli. Aku kagum dengan beberapa editor senior di sana. Ketelitian mereka menyunting beberapa manuskrip. Walaupun satu perkataan, mereka sanggup membuka beberapa kamus dan ‘kitab’ bagi mencari makna atau memastikan betul salahnya penggunaan sesuatu perkataan atau frasa.dalam ayat. Sanggup menyunting manuskrip yang sama berulang kali. Meneliti dan mencari kesalahan. Tidak dinafikan, proses ini memakan masa dan pembaziran kertas, namun bagiku yang masih pucuk ini, kaedah itu amat berkesan. Jika masih ada kesalahan, itu adalah normal manusia biasa. Cuma, apa yang kuperhatikan, ia amat minimum.

Masih kuingat sehingga kini, semasa kursus asas penyuntingan dan bahasa, kami didera oleh seorang pakar bahasa yang masih tampan walaupun sudah berusia. Sehari suntuk hanya membincangkan perihal ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, ‘pada’, ‘ke’ dan beberapa pengikat kata yang sewaktu dengannya. Sangat perit dalam kebosanan untuk memahami dan mengenalpasti perbezaan dan penggunaan semua itu. Rasa hendak termuntah pun ada ketika itu. Bayangkanlah, kami didera sebegitu.

Berbalik kepada senario sekarang, kualiti penyuntingan kurasakan tidak begitu memuaskan. Era digital mengambil alih kepakaran penyunting. Lumrah manusia, mudah lalai dan ada masanya cuai. Jadi, ruang untuk melakukan kesilapan terbuka luas. Dan kebanyakan para editor yang kukenal masih muda belia tetapi sudah memegang jawatan editor kanan. Ada yang langsung tidak tahu ilmu penyuntingan sebelum terjun ke bidang ini. Tidak dinafikan soal rezeki dan kesempatan, Cuma harapku, biarlah jawatan itu seiring dengan keinginan untuk memahirkan diri sendiri.

Alangkah bagusnya kalau para penyunting generasi kini dapat sama-sama menimba ilmu tersebut!

Dengan menulis entri ini bererti aku menyempitkan periuk nasiku sendiri. Lebih-lebih lagi apabila aku mengambil keputusan untuk bergiat sepenuh masa dalam bidang penulisan, penyuntingan dan penterjemahan ini. Bukan lagi secara sampingan seperti sebelumnya. Aku sedar kemungkinan itu. Namun, aku lebih rela meluahkan isi hati daripada berselindung di sebalik manis kata dan hanya tahu memuji. Sekali lagi kutegaskan bahawa ini hanya pandangan peribadi terhadap sesetengah pihak daripada apa yang kuketahui. Jika ada yang kurang tepat, mohon diabaikan.

Monday, March 29, 2010

10 Juta Pulu$

10 Juta Pulus
Masdalifadzlie M Saaid
PTS Fortuna Sdn. Bhd.


Sejujurnya, amat sukar untuk membuatkan orang lain ketawa. Apatah lagi jika tidak bersua wajah tatkala berlelucon. Dan lebih-lebih lagi untuk menulis cerita humor. Ia memerlukan imaginasi dan daya ‘lawak’ yang bukan sedikit!

Membacanya buat kali pertama membuatkan aku sedikit terkilan. Bukan apa, sebagai editor, seawal halaman pertama lagi sudah kutemui kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku dan ini sedikit sebanyak merentap rentak pembacaan. Dan adakah patut kemeja diberi penjodoh bilangan ‘sebuah’? Aduhai!

Dan aku kembali membacanya buat kali kedua dengan entiti sebagai pembaca santai. Bak kata blurbnya, ‘Ini cuma cerita biasa.’ Ya, tidak dinafikan ia sebuah cerita biasa sahaja. Plotnya juga biasa-biasa sahaja. Cerita dua sahabat yang hidup dalam dunia futuristik (walaupun tidak dinyatakan dengan tepat dalam cerita). Muncul drakula dan tunangnya ‘memeriahkan’ suasana. Ada adegan kreatif, lucu, mencemaskan,menyakitkan hati dan sebagainya. Macam cerita-cerita biasa.

Idea asal cerita ini mungkin menarik tetapi olahan dan penceritaannya membuatkan unsur humor itu tidak begitu menonjol. Idea drakula ‘vegetarian’ juga pernah ditulis sebelum ini. Menamakan syarikat atau tempat dengan nama atau gelaran yang dianggap kelakar juga stereotaip.

Ilustrasi kulit depannya juga biasa-biasa sahaja. Malah percubaan untuk menyuntik elemen humor padanya, kurasakan tidak menjadi. Terus terang aku katakan kulit depannya ‘merendahkan’ kualiti 10JP. Setelah mengikuti blog penulisnya, aku lebih gemar illustrasi awal yang bagiku klasik, segar dan menepati isi kandungan 10JP ini. Santai dan bergaya.

Bagi seorang peminat karya bukan humor seperti aku, 10JP mungkin bukan bahan bacaan pilihan. Apa yang boleh dipuji dalam 10JP ini adalah ketiadaan lawak murahan atau berbaur 18SX dan dialog sarkastik yang merendahkan moral. Sesekali ia mampu membuatkan aku tersenyum kecil, walaupun tidaklah sampai ketawa terbahak-bahak.

Untuk memberi lawak bersahaja dan ‘bijak’, mungkin boleh mencontohi Clive Cussler dalam buku-bukunya. Bukan berkiblatkan barat, tetapi inti naratif dan plot penceritaannya yang segar, pantas dan tidak lewah. Jika itu yang cuba dieksperimentasikan oleh penulis buku ini.

Namun, aku lebih gemar jika penulis kekal dengan genre fantasinya kerana ia menyerlahkan bakat penulisan, kreativiti dan imaginasi beliau. Ya, Jundak, teruskan sahaja dengan Kembara Lang Surya!

Selamat Maju Jaya!

PBAKL 201O: 1001 Rasa

1. Gembira

Masih berkesempatan mengunjunginya pada hari terakhir walaupun hanya untuk separuh hari. Kekangan masa dan kerja. Dan menghabiskan masa emas itu bersama anak-anak terdekat. Juga bertemu ‘kerabat’, meraikan kejayaan teman seperjuangan serta bersua kawan-kawan lama!

2. Sedih
Bajet lari! Hampir RM300 terbang hari itu!

3. Terkilan
Melihat kualiti penyuntingan buku-buku berbahasa kebangsaan terutamanya daripada penerbit-penerbit swasta! Daripada setiap novel dan buku cerita yang kubelek secara rawak dari variasi booth, ada sahaja komen tercetus dalam hati. Dan orang-orang kita kulihat amat kurang ‘lepak’ di booth buku-buku ilmiah. Kalau ada pun, hanya mereka yang agak putih rambutnya dan labuh tudungnya!

4. Geram
Melihat ramai anak-anak muda, terutamanya yang masih berpakaian sekolah berkelakuan tidak senonoh dan ‘kurang’ budi bahasa dan percakapannya!

Monday, March 22, 2010

Food....(again?)

I don’t know why, but lately I found myself eating all the time. Usually, I’m only up to a heavy meal per day, usually brunch or dinner. Starting with breakfast (that’s a must!), then my regular fix of caffeine and something light throughout the day in the between. That’s all.

But nowadays, I do find myself getting hungry most of the time. Because I prefer to cook rather than eat out, I seemed like to be in kitchen every waking moment.
This few days, I begin my days with local black coffee, usually while staring up glistening KLCC, warming up by the sun. Hhmm, heaven! (tq monaSakti!) With some kaya or blueberry toast. Then head up to my laptop. Then around 10 am, I feel hungry again. So, I fixed something. French toast something hot and simple, like fried rice/noodle or toasted sandwich (again!).

Around 3 or 4, the urge to munch something appeared. And because I do have some ‘extra’ pasta sauce from previous cooking session, I boiled some spirali or penne and dumped whatever what veggie in my little fridge. It lasts until nightfall.

Or if I do have to be in office, lunch time usually spend eating with my partner at stall nearby, lustfully indulge myself with Malay cuisine and cool drinks. And in the afternoon, he wills ‘wooing’ me with ‘pisang or ubi goreng. Hhmmm. Or a nice guy next door asked me for hang out after work for drink or something! ‘Or something’ turned out to be my favorite nasi lemak with Nescafe. Gosh!

Well, staying single, I do have freedom to do whatever I like. Or do nothing at all. Nowadays, I’m into Cajun food. Found some recipes in magazine and love to experience. Chilies, jalapeno, nachos, rice, beans, etc. Not bad, I guess.

Night time, I slowed a bit. Seldom ate after 8pm, unless I attend any function/dinner or having family ‘makan-makan’. But still, I hunted for something. Apple, orange or any pastries in the fridge. In the middle of the night, the craving for ice cream keeps coming back…! Sometimes I do fight it, but most of the time, I surrender!

And I feel so unmotivated to work out. Not even skipping or star jumping! From daily or alternate day of exercise, I turned up to be sleazy ‘couch mate’. Don’t know what happening to me. Feels like alien hijacking my body, making me bloated and gross. Not like me at the least. But all I can be sure is, I don’t like it at all. And gosh, I do have to do something about it!


p/s: did I mention that I got a supply of chocolate, too?

Wednesday, March 17, 2010

Bila...

Aku juga ada satu perangai yang pelik. Kerjaku tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti orang lain. Banyak bertumpu kepada kepakaran intelektual. Membaca, mengkaji, meneliti serta membetulkan kesilapan. Tidak perlu diterangkan dengan mendalam, cukuplah kukatakan bahawa ia memerlukan aku untuk sentiasa peka dan teliti. Juga memerlukan kemahiran tambahan dalam pelbagai bidang ilmu.

Dan tidak seperti kerja orang lain, ia sebenarnya begitu memenatkan dari segi mental. Ia cepat membuatkan aku hilang fokus. Apatah lagi, jika melakukan tugasan demi tugasan, untuk mengejar ‘tarikh mati’nya. Sering terperangkap dalam kepenatan dan keinginan untuk menghasilkan yang terbaik.

Jadi, bila itu berlaku, aku sering mengambil jeda masa untuk berehat. Namun, sifatku tidak suka menangguhkan kerja. Juga tidak suka membuat kerja separuh hati. Jadi, untuk mngalihkan tumpuan pada kerja, aku akan melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga atau kekuatan fizikal.

Oleh kerana aku tiada treadmill di rumah (that’s on my list to buy!), aku akan skipping. Kalau lama tak skipping, aku akan buat dalam 200 – 250 kali. Kemudian, bertambah jadi 500, 700 dan 1000 kali. Rekod setakat ini: 1750 kali dalam satu sesi. Adalah jeda-jeda rehat, bukannya sekaligus. Pengsan aku! Sekarang, handle skipping rope aku dah pecah, asyik lupa nak beli ganti. Anybody? :)

Itu satu. Kalau aku malas, aku akan buat satu lagi aktiviti. Cooking! Biasanya aku akan buat cheese cake. My favorite is raspberry/blueberry. Kenapa? Kerana no baking needed. Bahannya main agak-agak sahaja. Aku suka ramas-ramas digestive biscuit dan tumbuk almond. And the best part is the whipping. Oleh kerana aku tak ada food processor (dah rosak!), aku akan whip cheese cream, whipping cream, yogurt and icing sugar guna hand whisk. Aku ‘kacau’ kuat-kuat hingga 'kembang'. Penatlah tapi hilang segala tekanan. Lepas itu, campurkan bahan-bahan lain, buat base dan topping. Kemudian, peti sejukkan! Senang dan mudah. Dan boleh tahan berhari-hari. And I have a lovely desert to enjoy too!

Ataupun aku akan buat spaghetti sauce. Carbonara, bolognese or pesto. Buat pekat-pekat. Lepas itu, deep freeze atau simpan saja dalam peti sejuk. Jadi bila aku muak makanan melayu atau malas nak masak, ambil sahaja. Adjust sikit mengikut selera dan voila! Lagipun, anak-anakku dan adikku pula memang gemar datang mengejut. Ikut suka diaorang jer. And meal can be ready in just few minutes.

Lepas itu, aku akan kembali bekerja.



p/s: kalau ada banyak makanan di rumahku, maknanya aku tengah tensionlah tu!

Thursday, March 11, 2010

Ais Krim oh Ais Krim!

Tengah malam ini tadi, aku buang tebiat! Dinihari, actually! Aku tak boleh fokus pada kerja. Fikiranku buntu. Semangatku hilang. Akalku kurang waras. Jadi, aku melayari catch up 8tv. Tengok Blogger Boy Season 2. Ada episod Qi makan aiskrim. Tiba-tiba saja teringin makan aiskrim. Dahlah seharian aku tak makan heavy meal. Teringat ada dua bekas aiskrim dalam peti sejuk. Berlainan perisa. Biasalah, stok makanan untuk anak-anak atau kawan-kawan yang datang. Jadi, jam 3.47 pagi-pagi buta, aku makan aiskrim vanilla, tabur Milo. Makan dengan croissant yang kubeli semalam. Habis diet aku!

Wednesday, March 10, 2010

Oh Dear!

It amazed me how it takes me a very long period of time to get over of something or someone that are not meant to be. All those while, even not wasted in haste, but definitely considered a bit a waste, turned out to be fruitless. In my inner self, I thought that waiting is a virtue, but not in this case. It just plainly waste of the most precious commodity to me; time.

Maybe I’ve been trying too hard to fill up my days to find something or someone to hold on. In my entire life, I’ve been searching for something. Peace and happiness. Like anyone else. Even I spend all my time working and praying for ‘something’ to overcome the insecurity inside of me, to feels good enough to deserve it. Like anyone else too, I do have my weaknesses and fears. I did found and lost it. Feels lucky and blessed regardless what had happened. Teach me how to be choosy and make a better choice in life. Don’t take it as it is. Then find it again. But I guess, sometimes, a heart just need to go. And there’s nothing I can do. Pray to God that you never know what it is like to love, without hope that love being returned. But still....

All my life, I’ve been waiting. My quest of happiness seem like go on and on. The ending is beyond me. How many dreams will shatter? How many times will pass me by. How many times can I pretend to be all right? I do not know. All I can do is wait and wait again. But perhaps mine is not here.

Perhaps.

Saturday, March 6, 2010

Terkadang aku merasakan hidup ini amat pelik. Melihatkan perkara berlaku di depan mata membuatkan aku terfikir akan erti sebenar hidup. Apa tujuan sebenar sebuah perkahwinan. Tiba-tiba aku terasa sayu. Ada air jernih tanpa pinta mengalir di pipi. Entahlah!

Aku terkedu melihat kelakuan seorang ‘kawan’. Kisah hidupnya bagiku amat ‘licin’ dan memuaskan. Sempurna serba serbi. Ada kerjaya yang baik. Ada rupa dan keluarga yang baik, kukira. Dan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Hidupnya serba lengkap. Tiada kekurangan. Apa yang dihajatinya pasti akan dipenuhi.

Selepas kahwin, dia masih lagi dengan sikapnya. Minum dan bertukar-tukar pasangan. Berpeleseran dengan kawan-kawan. Dan menggunakan alasan kerja atau bermalam di rumah ‘kawan’ untuk menutup mabuk dan aktiviti sosialnya. Cuma apa yang menyedihkan aku ialah sikapnya. Terkadang aku terfikirkan pasangannya yang kudengar cukup baik dan alim. Tahukah dia siapa sebenarnya wanita yang menjadi pasangan hidupnya? Atau sengaja tidak ambil tahu? Atau begitukah kehidupan mereka?
B33Tidak kunafikan dalam dunia moden ini, lagi-lagilah orang bandar, setiap pasangan mempunyai hak kebebasan masing-masing. Entahlah, mungkin aku saja, orang kampung yang masih kolot, mungkin! Aku fikir, bila bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, dia akan semakin baik. Tapi….

Mendengar bicara orang, kukira dia seharusnya bersyukur dengan takdirnya. Dalam dunia sekarang di mana orang lain serba kurang lengkap dari segi kerjaya atau pasangan, dia bagiku amat bernasib baik. Cukup bertuah. Tapi itu yang aku nampak. Luarannya. Dalamannya, aku tidak tahu. Bagi aku yang masih sendiri dan terkapai-kapai meneruskan kelangsungan hidup, aku sedih. Sangat sedih. Tidakkah dia tahu bahawa di luar sana, berapa ramai yang ingin menikmati apa yang dimilikinya?

Ini membuatkan aku terfikir sendirian. Apa sebenarnya tujuan hidup dan perkahwinan? Sekadar memenuhi keinginan nafsu? Atau memenuhi norma hidup semata? Entahlah! Terlalu sukar bagiku menerimanya. Mungkin hidup ini memang pelik!